Skip to main content

sitemap 1

call 2

faq 6

𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐋𝐨𝐜𝐚𝐥 𝐀𝐠𝐞𝐧𝐝𝐚 𝟐𝟏 (𝐋𝐀𝟐𝟏) 𝐂𝐚𝐤𝐧𝐚 𝐀𝐥𝐚𝐦 𝐒𝐞𝐤𝐢𝐭𝐚𝐫 𝐏𝐞𝐫𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭 𝐏𝐚𝐬𝐢𝐫 𝐏𝐮𝐭𝐞𝐡 𝟐𝟎𝟐𝟓

    𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐋𝐨𝐜𝐚𝐥 𝐀𝐠𝐞𝐧𝐝𝐚 𝟐𝟏 (𝐋𝐀𝟐𝟏) 𝐂𝐚𝐤𝐧𝐚 𝐀𝐥𝐚𝐦 𝐒𝐞𝐤𝐢𝐭𝐚𝐫 𝐏𝐞𝐫𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭 𝐏𝐚𝐬𝐢𝐫 𝐏𝐮𝐭𝐞𝐡 𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐌𝐞𝐫𝐢𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐦𝐚𝐤𝐧𝐚
    𝐏𝐚𝐬𝐢𝐫 𝐏𝐮𝐭𝐞𝐡, 𝟏𝟐 𝐀𝐩𝐫𝐢𝐥 𝟐𝟎𝟐𝟓 – Program Local Agenda 21 (LA21) – Cakna Alam Sekitar Peringkat Pasir Puteh 2025 telah berlangsung dengan jayanya pada hari Sabtu bersamaan 13 Syawal 1446H bertempat di D’Rhu Rehlah, Pantai Bisikan Bayu, Semerak.
    Majlis yang bermula seawal jam 7.00 pagi ini telah dirasmikan oleh YABrs. Tuan Yang Dipertua Majlis Daerah Pasir Puteh, En. Mohd Roshdi bin Ismail. Program ini turut diserikan dengan kehadiran wakil-wakil daripada Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Bahagian Kerajaan Tempatan, Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Ahli-ahli Majlis, Setiausaha, Penolong Setiausaha serta Ketua-ketua Jabatan.
    Antara pengisian menarik dalam program ini termasuk Larian Alam Sekitar, aktiviti penanaman pokok Rhu, gotong-royong pembersihan kawasan pantai, serta Program Pembelian Minyak Masak Terpakai. Aktiviti-aktiviti ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pemeliharaan alam sekitar serta memupuk semangat cintakan alam dalam kalangan penduduk setempat.
    Kemuncak program menyaksikan penyampaian hadiah kepada para pemenang Larian Alam Sekitar 2025, yang mendapat sambutan hangat daripada pelbagai lapisan masyarakat.
    Program ini membuktikan komitmen Majlis Daerah Pasir Puteh bersama komuniti setempat dalam mendukung inisiatif kelestarian alam sekitar melalui pendekatan kerjasama antara pihak berkuasa tempatan dan masyarakat. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan dan diperluaskan bagi memastikan persekitaran yang lebih hijau dan bersih untuk generasi akan datang.