Bahagian Pusat Setempat (OSC)
Jabatan / Bahagian / Unit
Nama | TPr. FAKHRUL HAFRIZ BIN SUHAIMI | |
Telefon | 09-785 5800 | |
Faks | 09-786 7011 | |
Emel | ||
Alamat | Majlis Daerah Pasir Puteh, 16800 Pasir Puteh, Kelantan. |
Fungsi Bahagian
Fungsi
- Menerima dan menyemak permohonan pembangunan tanah, kebenaran merancang, pelan bangunan dan pelan-pelan lain yang berkaitan daripada pemohon.
- Meneliti permohonan yang diterima memenuhi kehendak asas atau syarat-syarat yang ditetapkan.
- Membuat edaran permohonan cadangan pemajuan kepada jabatan-jabatan yang berkenaan untuk diproses dan jabatan/agensi teknikal yang berkenaan untuk ulasan dan pandangan.
- Memantau permohonan-permohonan yang telah diedarkan kepada jabatan/agensi teknikal.
- Memaklumkan kepada jawatankuasa pusat setempat mengenai permohonan yang telah diterima.
- Mendapat maklumbalas lanjut daripada agensi teknikal sekiranya terdapat isu dan masalah.
- Mengumpul dan menyelaras kertas perakuan yang disediakan oleh jabatan perancang, jabatan bangunan, jabatan kejuruteraan, berserta pelan pra-perhitungan untuk diangkat ke mesyuarat jawatankuasa setempat.
- Mengedarkan keputusan mesyuarat jawatankuasa setempat terhadap kelulusan kebenaran merancang dan pelan pra-perhitungan kepada tanah bagi permohonan pembangunan tanah di bawah Seksyen 124 A dan 204 D Kanun Tanah Negara.
- Bertindak sebagai urus setia mesyuarat yang menetapkan tarikh dan memastikan mesyuarat diadakan dua(2) kali sebulan dan meyediakan minit mesyuarat dan maklumbalas untuk edaran.
- Mengumpul kertas keputusan mesyuarat jawatankuasa pusat setempat untuk dimaklumkan mesyuarat majlis penuh PBT.
- Mengedarkan keputusan rasmi kepada pemohon, pembantah, dan jabatan/Agensi teknikal.
Piagam Pelanggan
- Menyelaras dan memudahcara proses kelulusan permohonan pembangunan tanah, permohonan kebenaran merancang, pelan bangunan, pelan kerja tanah, pelan jalan dan parit dan pelan-pelan lain berkaitan cadangan kemajuan.
- Memendekkan masa dan mempercepatkan proses permohonan cadangan kemajuan di bawah konsep bina kemudian jual (BKJ) dalam tempoh empat (4) bulan di bawah konsep kemudian bina (JKB) dalam tempoh enam (6) bulan.
- Menyeragamkan prosedur dan proses cadangan pemajuan dengan mengambil kira peruntukan-peruntukan di bawah kanun tanah Negara 1965 (KTN 56), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976(AKTA 172) dan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (AKTA133).