Anda Ada Pertanyaan? Klik Sini
msen
      warna1   warna2   warna3      

 

A- A A+
seperator2 faq3 seperator2 Hubungi Kami2 seperator2 maklumbalas3 seperator2 petalaman3 seperator2

Pengenalan Data Terbuka

Kadar pengguna: 3 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

Pengenalan Data Terbuka

Majlis Daerah Pasir Puteh menyahut inisiatif kerajaan untuk melaksanakan data terbuka bagi meningkatkan kualiti dan ketelusan penyampaian perkhidmatan kerajaan menerusi perkongsian data yang tepat, cepat dan relevan. Halaman ini diwujudkan bertujuan untuk memaparkan set data yang boleh dikongsikan dan digunakan semula oleh rakyat, agensi sektor awam atau swasta untuk sebarang tujuan. 

Terma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan.

PENGGUNAAN DATA ATAU PENGGUNAAN SEMULA DATA HENDAKLAH MEMATUHI TERMA DAN SYARAT SEPERTI DI BAWAH :

1. Penggunaan data di bawah terma ini pemilik data memberi kebenaran penggunaan data tanpa sebarang caj.

2. Pengguna boleh melaksanakan perkara yang berikut:

  1. Salin, terbit, edar dan pindah data;
  2. Adaptasi data;
  3. Guna data secara komersial dan tidak komersial; dan
  4. Gabung data dengan data lain atau rangkum data dalam produk atau aplikasi

3. Sekiranya melaksanakan mana-mana daripada yang dinyatakan pada para 2, pengguna HENDAKLAH:

  1. Menyatakan sumber data dalam produk atau aplikasi berdasarkan pernyataan yang ditentukan oleh pemilik data;
  2. Menyediakan pautan kepada Terma Penggunaan ini; dan
  3. Sekiranya pemilik data tidak menyediakan pernyataan pemilik harta intelek data, pengguna hendaklah menggunakan pernyataan seperti yang berikut:

           "Data dan maklumat tertakluk di bawah Terma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan Malaysia 1.0 "

 

PENGECUALIAN
Terma Penggunaan ini tidak memperuntukkan sebarang hak terhadap:

  1. Data peribadi;
  2. Nama, jata, logo atau sebarang simbol rasmi pemilik data;
  3. Logo organisasi sektor awam atau jabatan;
  4. Lambang diraja dan lambang tentera;
  5. Hak pihak ketiga yang mana pemilik data tiada kuasa terhadapnya;
  6. Sebarang hak harta intelek termasuk paten, tanda dagangan dan hak reka bentuk; dan
  7. Dokumen identiti seperti Pasport Malaysia, MyKad.

 

TIADA JAMINAN

  1. Data adalah dalam bentuk seperti yang disediakan oleh pemilik data. Pemilik data dikecualikan daripada sebarang representasi, waranti, obligasi dan liabiliti berhubung data; dan
  2. Pemilik data tidak bertanggungjawab terhadap sebarang ralat dan kehilangan data. Pemilik data juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang jenis kehilangan, kecederaan atau kerosakan kesan daripada penggunaan data tersebut. Pemilik data tidak memberikan jaminan data disediakan secara berterusan.

 

UNDANG-UNDANG
Terma Penggunaan ini ditadbir oleh undang-undang di bawah bidang kuasa dan pemilik data ialah pemilik utama bagi data tersebut.

 

 sumber rujukan: Pekeliling AM Bil 1 Tahun 2015 (Pelaksanaan Data Terbuka Sektor Awam)

/

Majlis Daerah Pasir Puteh
16800, Pasir Puteh, Kelantan

BERSIH . INDAH . CERIA . SEJAHTERA

T (+609) 785 5800 / 785 5813 
F (+609) 786 7011
HOTLINE PENGUATKUASAAN :(+609) 785 5814
Web: https://mdpputeh.kelantan.gov.my
Email: mdpp@kelantan.gov.my / ydpmdpp@kelantan.gov.my

Kod QR Web Mobil

Qrcodelaman Web Mdpp

Kaunter Pelawat

Today11
Yesterday24
This week35
This month180
Total215659

2024-10-08

Search

Statistik Aduan Awam Yang Diterima Oleh Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kelantan