Anda Ada Pertanyaan? Klik Sini
msen
      warna1   warna2   warna3      

 

A- A A+
seperator2 faq3 seperator2 Hubungi Kami2 seperator2 maklumbalas3 seperator2 petalaman3 seperator2

Perutusan YDP

Kadar pengguna: 2 / 5

bintang aktifbintang aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

PERUTUSAN TAHUN BARU

 
ENCIK MOHD ROSHDI BIN ISMAIL
YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH PASIR PUTEH

EN RUSDI YDP BARU

 

 

Bismillah

Assalamualaikum Wrwb

SALAM SEJAHTERA DAN SALAM SATU MALAYSIA…

Alhamdulillah, setinggi-tinggi syukur saya panjatkan kehadrat Allah SWT kerana dengan taufiq dan hidayah-Nya dipanjangkan usia kita hingga ke saat ini untuk sama-sama menikmati kehidupan di tahun baru Hijrah 1445 dan tahun baru Masihi 2024. Saya mendoakan semoga dengan kehadiran tahun baru yang hampir serentak ini akan mendatangkan seribu rahmat dan keberkatan disamping meninggalkan sejuta kenangan yang indah.

Sempena dengan sambutan tahun baru ini, diharapkan pelbagai azam baru digarap demi untuk kepentingan diri, agama, bangsa dan tanah air. Sehubungan dengan itu, sebagai peneraju utama yang diamanahkan untuk menakhodai bahtera MDPP, saya berazam dan berhasrat untuk melaksanakan pelbagai perubahan demi untuk membina MDPP yang lebih gemilang baik dari segi struktur organisasinya mahupun perkhidmatan kepada masyarakat.

Pada kesempatan ini, suka saya nyatakan bahawa setiap kita perlu memainkan peranan dalam segenap aspek lapisan di mana kita berada, baik yang bekerja sebagai penjawat awam, swasta, badan berkanun mahupun bekerja sendiri masing-masing mempunyai peranan tertentu dalam membangunkan sesebuah organisasi apatah lagi pentadbir bagi sebuah organisasi yang menyediakan perkhidmatan kepada masyarakat sebagaimana MDPP. Justeru itu, saya menyeru tuan-puan supaya sedar akan tanggungjawab tersebut, di peringkat mana kita berada dan apa tindakan kita, apakah kita hanya pemerhati atau penyumbang kepada perkara-perkara yang berkait dengan MDPP atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Kesempatan ini juga ingin sekali saya menarik perhatian pelayar-pelayar sekalian. Jika tuan-puan adalah masyarakat di Pasir Puteh, saya mengajak tuan-puan untuk sama-sama menyedari hakikat kebersihan adalah tanggungjawab kita semua, jangan sesekali menyalahkan pihak PBT, jangan hanya pandai menuding jari dan membuat aduan di sana-sini. Marilah kita sama-sama berganding bahu bagi memastikan Bandar kita, tempat kita, kawasan kita dan rumah kita sebagai kawasan yang bersih dan selesa. Jika tanggungjawab ini dapat dipikul secara saksama, saya percaya kita akan menjadi model sebuah Bandar dan kawasan yang bersih di Negeri Kelantan.

Saya juga mengharapkan tuan-puan dapat memainkan peranan dalam sama-sama memajukan Majlis Daerah Pasir Puteh dengan mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh MDPP. Segala peraturan yang dibuat adalah untuk menjaga kepentingan dan keselesaan bersama. Sebagai contoh, permohonan pelan bangunan, adalah untuk mengawal pembangunan haram dan juga untuk menyemak status tanah dan cadangan pembangunan yang dibenarkan oleh Pihak Berkuasa Negeri. Lesen dikeluarkan untuk memudahkan peniaga menjalankan urusan perniagaan di samping mengatur zon atau kawasan yang bersesuaian. Manakala bagi cukai pintu pula adalah untuk menampung kos dan perbelanjaan perkhidmatan pungutan sampah dan lain-lain perkhidmatan yang disediakan oleh MDPP. Oleh itu, saya menyeru sekali lagi supaya tuan-puan sedar akan kedudukan dan peranan tuan-puan dalam struktur MDPP ini, adalah sebagai pembayar cukai, pemilik lesen atau pemilik bangunan.

Akhir kata dari saya, saya mengucapkan selamat menyambut tahun baru Hijrah 1445 dan tahun baru masihi 2024, semoga segala usaha yang telah kita laksanakan diberkati oleh Allah SWT dan usaha yang bakal kita laksanakan akan dirahmati dan mencapai kejayaan sebagaimana yang diharapkan. Yang baik itu datangnya dari taufiq dan hidayah Allah SWT dan yang kurang itu adalah zahir dari kelemahan sifat hamba yang ada pada diri saya. Sama-samalah kita menjaga kebersihan dan keindahan Bandar kita.

~ Pasir Puteh Comel Sokmo ~

~ Pasir Puteh Bersih Ceria Indah Sejahtera ~

Sekian, wassalam.

 

"ISLAM MEMIMPIN, RAJA MENAUNGI, NEGERI BERKAT"

"SEMOGA ALLAH MELINDUNGI TUANKU DUNIA DAN AKHIRAT"

 

 

(MOHD ROSHDI BIN ISMAIL)
YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH PASIR PUTEH

/

Majlis Daerah Pasir Puteh
16800, Pasir Puteh, Kelantan

BERSIH . INDAH . CERIA . SEJAHTERA

T (+609) 785 5800 / 785 5813 
F (+609) 786 7011
HOTLINE PENGUATKUASAAN :(+609) 785 5814
Web: https://mdpputeh.kelantan.gov.my
Email: mdpp@kelantan.gov.my / ydpmdpp@kelantan.gov.my

Kod QR Web Mobil

Qrcodelaman Web Mdpp

Kaunter Pelawat

Today11
Yesterday24
This week35
This month180
Total215659

2024-10-08

Search