Skip to main content

sitemap 1

call 2

faq 6

phonebook

Pelesenan

Bahagian Pelesenan

PANDUAN MEMOHON PERMIT BANNER, KAIN RENTANG, SEPANDUK DAN LAIN-LAIN

Syarat-syarat mendapat kelulusan Permit Iklan Sementara :

  1. Dilarang memasang kain rentang atau lain-lain iklan di kawasan larangan (ada notis amaran oleh Majlis Daerah Pasir Puteh – Kawasan Wakaf Tuan Farrer).
  2. Di kawasan pejabat-pejabat kerajaan, sekolah, masjid, rumah ibadat dan sebagainya.
  3. Pastikan gambar-gambar yang dipamerkan menutup aurat.
  4. Kain rentang yang di pasang hendaklah di tempat yang dikhaskan oleh Pihak Majlis Daerah Pasir Puteh.
  5. Tulisan jawi yang lebih besar dari tulisan lain wajib dipaparkan di dalam iklan.
  6. Deposit akan dikenakan minima sebanyak RM 50.00 @ 10% dari jumlah kelulusan.
  7. Iklan yang telah tamat tempoh perlu diturunkan sendiri oleh pemilik, jika gagal berbuat demikian wang deposit tidak dapat dibuat tuntutan.
  8. Kain rentang yang telah tamat tempoh akan dikompaunkan oleh pihak Majlis tanpa apa-apa sebarang notis.

KAEDAH / PENGIRAAN PEMBAYARAN :

Kadar:   RM 5.00 bagi 1 hari (banner diluar premis dan di premis).

RM 1.00 bagi 1 hari (banting)

RM 2.00 Sekeping Stiker bagi 1 helai banner @ banting

RM 5.00 (Pendaftaran)

Untuk menjayakan piagam pelanggan ini tuan/puan dikehendaki:-

  • Mematuhi segala peraturan dan prosedur yang telah ditetapkan oleh Majlis Daerah Pasir Puteh
  • Menggunakan sepenuhnya kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh Majlis Daerah Pasir Puteh

Talian aduan: 09 - 7855800