Bahagian Perundangan
Jabatan / Bahagian / Unit
Fungsi Bahagian
- Menggubal dan meminda Undang-Undang Kecil, peraturan, perintah dan kaedah Majlis.
- Menyemak undang-undang yang digunapakai oleh Majlis.
- Memberi khidmat nasihat perundangan dan menjalankan pendakwaan di Mahkamah.
- Mengemaskini koleksi rujukan undang-undang Majlis
- Menyedia dan menyemak surat perjanjian.
- Mengadakan pendidikan perundangan kepada pegawai-pegawai Majlis.
- Menguruskan bahan untuk kursus/bengkel undang-undang.
Piagam Pelanggan
1.Berusaha menyediakan perkhidmatan perundangan perundangan yang mesra secara berkesan, cekap, adil dan berhikmah
2.Memastikan permohonan penyelesaian luar mahkamah bagi kes-kes saman jabatan diselesaikan dalam tempoh segera
3.Mengeluarkan notis susulan berkaitan dengan kes-kes pelanggaran undang-undang dalam tempoh segera dan mengambil tindakan susulan selepas tempoh notis tamat
4.Membuat semakan dan pindaan undang-undang kecil/peraturan jabatan agar bertepatan dan bersesuaian dengan keadaan semasa
5.Membuat tindakan susulan ke atas aduan-aduan yang diterima dalam tempoh 3 hari