Jeram Mengaji
Jeram Mengaji atau disebut juga Jeram Mak Nenek ini baru dibuka pada tahun 2005, dan masih dalam pembangunan,Ianya terletak lebih kurang 6 km dari Pekan Selising atau 22 km dari Bandar Pasir Puteh. Jeram ini bakal dibangunkan sebagaimana Jeram Pasu dan Jeram Linang. Ianya terletak agak pedalaman dan belum diketahui oleh orang ramai. Jeram ini sesuai untuk aktiviti keluarga dan riadah hujung minggu. Jeram ini akan dibangunkan sepenuhnya untuk kunjungan orang ramai agar ianya dapat menjadi salah satu pusat rekreasi yang sedia ada dan dikenali umum.
Terletak 8 km dari Pekan Selising atau 25 km dari Bandar Pasir Puteh.
Tempat yang tidak asing lagi dengan daerah Pasir Puteh, nama Jeram Mengaji sering meniti di bibir para pelancong yang datang ke Kelantan.
Tempat yang menempatkan alam semula jadi ini dikelilingi tumbuhan hijau, air jeram yang mengalir sejuk, ladang lembu tenusu & pelbagai lagi. Tambahan pula, kini aktiviti sukan lasak seperti flying fox dan atv turut diperkenalkan di sini. Boleh dikatakan Jeram Mengaji kini semakin selesa & sesuai untuk meluangkan masa bersama keluarga & sahabat handai.