Karnival International Monsoon Run
KARNIVAL INTERNATIONAL MONSOON RUN JAJAHAN PASIR PUTEH 2026 MERIAHKAN PANTAI BISIKAN BAYU
PASIR PUTEH, 7 NOVEMBER 2026 – Karnival International Monsoon Run Jajahan Pasir Puteh Tahun 2026 telah berlangsung dengan meriah bertempat di D’Rhu Rehlah, Pantai Bisikan Bayu, Pasir Puteh, Kelantan.
Program yang menghimpunkan para peserta dalam kalangan masyarakat dan peminat sukan larian ini menawarkan tiga kategori larian iaitu 10 kilometer (10 KM), 5 kilometer (5 KM) dan 3 kilometer (3 KM). Program dimulakan seawal jam 6.00 pagi dengan pendaftaran peserta, diikuti ketibaan para tetamu jemputan, Ahli-ahli Majlis serta Yang Dipertua Majlis Daerah Pasir Puteh. Peserta turut diberikan taklimat program dan keselamatan sebelum bacaan doa selamat diadakan.
Pelepasan peserta bagi kategori 10 KM dijadualkan pada jam 7.00 pagi, manakala kategori 5 KM dan 3 KM dilepaskan pada jam 8.00 pagi.
Majlis diteruskan dengan ketibaan YB Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan pada jam 9.00 pagi sebelum berlangsungnya Majlis Perasmian Penutup Program pada jam 10.00 pagi.
Majlis perasmian penutup disempurnakan dengan Ucapan perasmian oleh YB Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan. Majlis turut diserikan dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi kategori yang dipertandingkan serta cabutan bertuah.
Penganjuran Karnival International Monsoon Run Jajahan Pasir Puteh Tahun 2026 merupakan salah satu usaha untuk menggalakkan amalan gaya hidup sihat melalui aktiviti sukan dan rekreasi di samping mempromosikan keindahan Pantai Bisikan Bayu sebagai destinasi pelancongan yang berpotensi di Jajahan Pasir Puteh.











