Accessibility Tools

Skip to main content
A- A A+
      warna1   warna2   warna3      

 

PERHIMPUNAN BULANAN KAKITANGAN MDPP BAGI BULAN OKTOBER 2026

    PERHIMPUNAN BULANAN KAKITANGAN MDPP BAGI BULAN OKTOBER 2026

    Pasir Puteh, 26 Oktober 2026 – Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) telah mengadakan Perhimpunan Bulanan Kakitangan bagi Bulan Oktober 2026 bertempat di Dewan Utama, Majlis Daerah Pasir Puteh bermula jam 8.30 pagi.

    Program ini melibatkan penyertaan semua kakitangan Majlis Daerah Pasir Puteh sebagai satu platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim serta memperkukuhkan semangat kerjasama dalam kalangan warga kerja MDPP.

    Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Selamat Sultan, diikuti dengan lafaz Ikrar Rukun Negara serta bacaan doa selamat bagi memohon keberkatan dan kesejahteraan kepada semua warga MDPP dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing.

    Seterusnya, majlis diteruskan dengan Taklimat Pengurusan Stress dan Ujian Saringan DASS21 yang disampaikan oleh YBrs. En. Mohd Zulyazman bin Ibrahim. Majlis diteruskan dengan ucapan aluan oleh YBrs. En. Zulkarnean bin Isa, Setiausaha MDPP yang menzahirkan penghargaan kepada semua kakitangan atas komitmen dan dedikasi dalam melaksanakan amanah yang diberikan. Majlis diteruskan dengan ucapan amanat daripada YABrs. En. Mohamad Kamarulzaman bin Ab Wahab, Yang Dipertua MDPP yang memberi amanat berkaitan kepentingan kerjasama, integriti dan semangat berpasukan dalam memastikan perkhidmatan terbaik dapat diberikan kepada masyarakat setempat.

    Turut diadakan dalam majlis tersebut ialah penyampaian hadiah sempena sambutan hari lahir bagi kakitangan yang lahir pada bulan Oktober sebagai tanda penghargaan dan meraikan warga kerja MDPP.

    Penganjuran program ini diharapkan dapat memperkukuhkan ukhuwah serta memupuk nilai kebersamaan dalam kalangan warga kerja MDPP.

    DASAR PRIVASI

    SEO - Laman Web Rasmi Majlis Daerah PASIR PUTEH

    Penerbitan
    Arkib Berita
    KELGOV PPST