Accessibility Tools

Skip to main content
A- A A+
      warna1   warna2   warna3      

 

Majlis Pengiktirafan Hari Inovasi Sektor Awam

    Majlis Pengiktirafan Inovasi Sektor Awam Negeri Kelantan Tahun 2026/strong>

    Pasir Puteh, 28 Oktober 2026 – Majlis Pengiktirafan Inovasi Sektor Awam Negeri Kelantan Tahun 2026 telah berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari, bertempat di Dewan Bunga Teratai, Kompleks Kota Darulnaim.

    Majlis telah dirasmikan oleh YBM Tengku Kaya Perkasa, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan. YABrs. Tuan Yang Dipertua bersama peserta-peserta inovasi Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) turut hadir bagi memberikan sokongan terhadap usaha membudayakan inovasi serta meningkatkan kecemerlangan penyampaian perkhidmatan dalam sektor awam.

    Dalam majlis tersebut, MDPP telah menyertai empat (4) kategori pertandingan inovasi, iaitu: 1. KIK Horizon Baharu 2. Anugerah Inovasi Pihak Berkuasa Tempatan (AIPBT) 3. Anugerah Inovasi Teknologi Maklumat (AIICT) 4. Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan (AIPK)

    MDPP telah mendapat 5 Bintang bagi Pertandingan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK Horizon Baharu) dengan tajuk inovasi : Smart Sweep Mobile - Sistem Penyapu Jalan Bergerak untuk Menangani Cabaran Sisa Bandar. MDPP juga telah mendapat saguhati bagi penyertaan di Anugerah Inovasi Pihak Berkuasa Tempatan (AIPBT), Anugerah Inovasi Teknologi Maklumat (AIICT) dan Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan (AIPK). Pengiktirafan ini merupakan satu dorongan kepada MDPP untuk terus memperkukuh budaya inovasi, mempertingkat kreativiti warga kerja serta menghasilkan penambahbaikan yang mampu memberikan impak positif kepada organisasi dan masyarakat.

    Semoga penyertaan ini menjadi pemangkin kepada usaha yang lebih progresif dalam melahirkan idea-idea baharu, meningkatkan kecekapan pengurusan dan memperkasakan mutu penyampaian perkhidmatan demi kesejahteraan rakyat.

    Terma & Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian

    Majlis Daerah Pasir Puteh
    16800 Pasir Puteh,
    Kelantan.

    Pejabat Am
    Tel : 09-785 5800 / 785 5813
    Faks: 09-7867011
    Email: mdpp[a]kelantan.gov.my / ydpmdpp[at]kelantan.gov.my

    Waktu Operasi
    Hari Ahad - Rabu
    8.00 pagi - 1.00 petang
    2.00 petang - 5.00 petang

    Hari Khamis
    8.00 pagi - 1.00 petang
    2.00 petang - 3.30 petang

    051111
    Today: 56
    This Year: 17,755
    Kemaskini Terakhir :Sunday 01 November 2026, 12:12:53.

    Penafian : Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

    Paparan Terbaik : Menggunakan versi terkini bagi pelayar Internet Explorer / Mozilla Firefox / Google Chrome dengan resolusi 1920 x 1080.


    Hak Cipta Terpelihara © Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP).

    DASAR PRIVASI

    SEO - Laman Web Rasmi Majlis Daerah PASIR PUTEH

    Penerbitan
    Arkib Berita
    KELGOV PPST