๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐: ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐-๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐: ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐-๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐, ๐๐ ๐๐๐ฉ๐ญ๐๐ฆ๐๐๐ซ ๐๐๐๐ -Program Hari Cuci Malaysia 2026 bagi Jajahan Pasir Puteh berlangsung meriah menerusi Majlis Gotong-Royong Bersama Masyarakat yang bertujuan menyemarakkan semangat kebersihan, kerjasama dan tanggungjawab bersama dalam menjaga persekitaran.
Program yang berlangsung dari 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari itu bermula di Lampu Isyarat Jalan Alor Pasir dan berakhir di Lampu Isyarat Bukit Gedombak. Majlis telah dirasmikan oleh ๐๐๐๐ซ๐ฌ. ๐๐ง๐๐ข๐ค ๐๐จ๐ก๐ ๐๐๐ฆ๐๐ซ๐ฎ๐ฅ๐ณ๐๐ฆ๐๐ง ๐๐ข๐ง ๐๐ ๐๐๐ก๐๐, Yang Dipertua Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP).
Program dimulakan dengan pendaftaran peserta serta sarapan pagi sebelum ketibaan dif-dif jemputan termasuk YABrs. Yang Dipertua Majlis Daerah Pasir Puteh, Ahli-ahli Majlis dan Ketua-ketua Jabatan di Jajahan Pasir Puteh.
Acara diteruskan dengan ucapan aluan oleh YBrs. Ketua Whip Majlis Daerah Pasir Puteh, diikuti ๐ฎ๐๐๐ฉ๐๐ง ๐ฉ๐๐ซ๐๐ฌ๐ฆ๐ข๐๐ง ๐จ๐ฅ๐๐ก ๐๐๐๐ซ๐ฌ. ๐๐ฎ๐๐ง ๐๐๐ง๐ ๐๐ข๐ฉ๐๐ซ๐ญ๐ฎ๐ ๐๐๐๐.
Kemuncak majlis ialah pelancaran perasmian banting โProgram Hari Cuci Malaysia 2026: Bagi Jajahan Pasir Putehโ, sesi bergambar serta penyampaian cenderahati kepada pihak yang terlibat.
Pada jam 9.15 pagi, para peserta telah diagihkan mengikut Kumpulan untuk menyertai aktiviti gotong-royong di sepanjang lokasi yang ditetapkan. Aktiviti tersebut menjadi wadah untuk menggalakkan penglibatan masyarakat dalam memastikan kawasan persekitaran sentiasa bersih, ceria dan selesa.
Pelaksanaan Program Hari Cuci Malaysia 2026 di Jajahan Pasir Puteh mencerminkan komitmen berterusan MDPP dalam memperkukuh budaya kebersihan serta menggalakkan kerjasama antara pihak berkuasa tempatan dan masyarakat dalam mewujudkan persekitaran yang bersih, indah dan sejahtera.