𝐏𝐄𝐑𝐇𝐈𝐌𝐏𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐊𝐈𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐌𝐃𝐏𝐏 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔
𝐏𝐄𝐑𝐇𝐈𝐌𝐏𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐊𝐈𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐌𝐃𝐏𝐏 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔
𝐏𝐚𝐬𝐢𝐫 𝐏𝐮𝐭𝐞𝐡, 𝟏𝟓 𝐒𝐞𝐩𝐭𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔, 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐬𝐚 – Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) telah mengadakan Perhimpunan Bulanan Kakitangan bagi Bulan September 2026 bertempat di Dewan Utama, Majlis Daerah Pasir Puteh bermula jam 8.30 pagi.
Program ini melibatkan penyertaan semua kakitangan Majlis Daerah Pasir Puteh sebagai satu platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim serta memperkukuhkan semangat kerjasama dalam kalangan warga kerja MDPP.
Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Selamat Sultan, diikuti dengan lafaz Ikrar Rukun Negara serta bacaan doa selamat bagi memohon keberkatan dan kesejahteraan kepada semua warga MDPP dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing.
Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan aluan oleh YBrs. En. Zulkarnean bin Isa, Setiausaha MDPP yang menzahirkan penghargaan kepada semua kakitangan atas komitmen dan dedikasi dalam melaksanakan amanah yang diberikan. Majlis diteruskan dengan ucapan amanat daripada YABrs. En. Mohamad Kamarulzaman bin Ab Wahab, Yang Dipertua MDPP yang turut menekankan kepentingan kerjasama, integriti dan semangat berpasukan dalam memastikan perkhidmatan terbaik dapat diberikan kepada masyarakat setempat.
Turut diadakan dalam majlis tersebut ialah penyampaian hadiah sempena sambutan hari lahir bagi kakitangan yang lahir pada bulan September sebagai tanda penghargaan dan meraikan warga kerja MDPP.
Penganjuran program ini diharapkan dapat memperkukuhkan ukhuwah serta memupuk nilai kebersamaan dalam kalangan warga kerja MDPP.