𝐋𝐀𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐑𝐃𝐄𝐊𝐀 𝐉𝐀𝐉𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐒𝐈𝐑 𝐏𝐔𝐓𝐄𝐇 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐌𝐄𝐑𝐈𝐀𝐇𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐑𝐃𝐄𝐊𝐀𝐀𝐍
𝐋𝐀𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐑𝐃𝐄𝐊𝐀 𝐉𝐀𝐉𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐒𝐈𝐑 𝐏𝐔𝐓𝐄𝐇 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐌𝐄𝐑𝐈𝐀𝐇𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐑𝐃𝐄𝐊𝐀𝐀𝐍
𝐏𝐀𝐒𝐈𝐑 𝐏𝐔𝐓𝐄𝐇, 𝟏𝟐 𝐒𝐞𝐩𝐭𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔 – Program Larian Merdeka Jajahan Pasir Puteh Tahun 2026 telah berlangsung meriah dengan penyertaan masyarakat setempat, khususnya murid sekolah dalam menyemarakkan semangat patriotisme dan kecergasan sempena sambutan Bulan Kemerdekaan.
Program anjuran Persatuan Berkat Kebajikan dan Sukan Majlis Daerah Pasir Puteh (BERKAT) itu diadakan pada Sabtu, 12 September 2026, bertempat di Kolej Matrikulasi Kelantan, bermula jam 7.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.
Larian yang berjarak 5 kilometer ini menawarkan lapan kategori penyertaan, iaitu kategori lelaki dan perempuan bagi umur 9, 10, 11 dan 12 tahun. Yuran penyertaan yang dikenakan ialah RM15.00 dan peserta menerima sijil, medal serta snek pek (refreshment).
Program turut menyediakan hadiah bagi setiap kategori dengan Johan RM150.00 berserta trofi, Naib Johan RM100.00 berserta trofi dan tempat ketiga RM80.00 berserta trofi, manakala peserta tempat ke-4 hingga ke-10, ke-11 hingga ke-20 serta ke-21 hingga ke-31 menerima hadiah wang tunai dan medal.
Selain itu, turut disediakan Anugerah Khas Penyertaan Sekolah Paling Ramai Murid bernilai RM500.00 serta Juara Keseluruhan Sekolah bernilai RM500.00. Cabutan bertuah turut diadakan bagi memeriahkan program.
Majlis perasmian penutup pula diserikan dengan persembahan pentomin oleh Jihad Putera Jeram. Seterusnya, acara diteruskan dengan ucapan aluan oleh YBrs. Timbalan Ketua Whip Majlis Daerah Pasir Puteh serta ucapan perasmian penutup oleh 𝐘𝐁 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤 𝐊𝐚𝐦𝐚𝐫𝐮𝐝𝐢𝐧 𝐛𝐢𝐧 𝐌𝐝 𝐍𝐨𝐫, 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐞𝐫𝐮𝐬𝐢 𝐉𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧𝐤𝐮𝐚𝐬𝐚 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐧𝐜𝐨𝐧𝐠𝐚𝐧, 𝐊𝐞𝐛𝐮𝐝𝐚𝐲𝐚𝐚𝐧, 𝐊𝐞𝐬𝐞𝐧𝐢𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐖𝐚𝐫𝐢𝐬𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐊𝐞𝐥𝐚𝐧𝐭𝐚𝐧.
Penganjuran Larian Merdeka ini bukan sahaja menjadi platform untuk menggalakkan amalan hidup sihat dan kecergasan fizikal, malah turut menyemarakkan semangat cintakan negara, perpaduan serta patriotisme dalam kalangan generasi muda, selaras dengan semangat sambutan Hari Kebangsaan dan Bulan Kemerdekaan.