Accessibility Tools

Skip to main content
A- A A+
      warna1   warna2   warna3      

 

Program Solat Sunat Dhuha & Kuliah UMI dan Perhimpunan Bulanan Kakitangan Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) bagi Bulan Ogos

    PASIR PUTEH, 24 Ogos — Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) telah menganjurkan Program Solat Sunat Dhuha & Kuliah UMI berserta Perhimpunan Bulanan Kakitangan bagi bulan Ogos bertempat di Dewan Utama MDPP, hari ini.

    Majlis yang bermula jam 8.30 pagi itu dihadiri oleh seluruh warga kerja MDPP bagi merapatkan hubungan silaturahim di samping memantapkan rohani dan profesionalisme warga kerja.

    Program dimulakan dengan ibadah Solat Sunat Dhuha dan pengisian Kuliah UMI, sebelum diteruskan dengan acara rasmi perhimpunan melalui nyanyian lagu Negaraku dan Lagu Selamat Sultan, serta bacaan ikrar Rukun Negara.

    Satu ucapan aluan turut disampaikan oleh YBrs. Tuan Setiausaha MDPP bagi memberikan amanat serta amanah perkhidmatan kepada seluruh anggota organisasi.

    Acara kemuncak perhimpunan diseri dengan penyampaian hadiah Hari Lahir bagi kakitangan yang meraikan ulang tahun pada bulan Ogos, disusuli sesi pemotongan kek dan sesi fotografi kenangan bersama barangan pengurusan serta rakan sejawat.

    DASAR PRIVASI

    SEO - Laman Web Rasmi Majlis Daerah PASIR PUTEH

    Penerbitan
    Arkib Berita
    KELGOV PPST