TANGKAPAN HAIWAN MERAYAU (LEMBU) – OGOS 2026
2 Ogos 2026 (Ahad) – Jabatan Penguatkuasaan telah menjalankan tindakan susulan terhadap aduan awam berkaitan haiwan merayau di Kampung Kemal, Gaal pada jam 12.00 tengah hari hingga 1.00 petang.
Hasil tindakan yang dijalankan oleh 4 orang anggota penguat kuasa, sebanyak 1 ekor lembu berjaya ditangkap dan dibawa ke kandang tahanan untuk tindakan lanjut mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.
Jabatan Penguatkuasaan memaklumkan bahawa pemilik haiwan akan dikenakan tindakan kompaun atas kesalahan membiarkan haiwan merayau. Pemilik hendaklah menuntut semula haiwan tersebut dalam tempoh 7 hari dengan mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan./p>
Sekiranya haiwan tersebut gagal dituntut dalam tempoh tersebut, haiwan berkenaan akan dilelong mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.
Jabatan Penguatkuasaan turut mengingatkan semua pemilik haiwan ternakan agar memastikan haiwan sentiasa dikawal dan tidak dibiarkan berkeliaran sehingga mengganggu keselamatan serta ketenteraman awam.