𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐀𝐒𝐈𝐑 𝐏𝐔𝐓𝐄𝐇 𝐑𝐀𝐈𝐇 𝐍𝐀𝐈𝐁 𝐉𝐎𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐇𝐄𝐌𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐂𝐎𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐀𝐒𝐈𝐑 𝐏𝐔𝐓𝐄𝐇 𝐑𝐀𝐈𝐇 𝐍𝐀𝐈𝐁 𝐉𝐎𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐇𝐄𝐌𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐂𝐎𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇
𝐏𝐚𝐬𝐢𝐫 𝐏𝐮𝐭𝐞𝐡, 𝟑 𝐉𝐮𝐥𝐚𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔 – Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) berjaya meraih Naib Johan dalam Pertandingan Khemah Pelancongan Daerah bertemakan Pelancongan Warisan dan Kebudayaan yang berlangsung di Jeti Pelancongan Tok Bali, Semerak, Pasir Puteh pada 3 Julai 2026 (Jumaat) bersamaan 17 Muharam 1448H.
Pertandingan tersebut telah dianjurkan bersempena Festival Kesenian Rakyat Kelantan 2026 yang berlangsung selama empat hari bermula 1 hingga 4 Julai 2026. Program ini menghimpunkan pelbagai aktiviti berkonsepkan pelancongan, kebudayaan dan warisan bagi mempromosikan keunikan negeri Kelantan serta memperkukuhkan industri pelancongan tempatan.
Penyertaan MDPP dalam pertandingan ini membuktikan komitmen berterusan warga kerja majlis dalam mempamerkan kreativiti, inovasi serta semangat berpasukan melalui penyediaan tapak khemah yang menepati kriteria pertandingan dari aspek kreativiti, kebersihan, susun atur dan identiti pelancongan.
Hasil usaha dan kerjasama semua pihak, MDPP berjaya dinobatkan sebagai Naib Johan dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM2,000.00 sebagai pengiktirafan terhadap penyertaan cemerlang yang dipamerkan.
Kejayaan ini diharap dapat menjadi pemangkin kepada warga MDPP untuk terus menghasilkan idea-idea kreatif serta meningkatkan penglibatan dalam program-program yang menyokong pembangunan sektor pelancongan dan mempromosikan daerah Pasir Puteh sebagai destinasi pelancongan yang menarik.
Majlis Daerah Pasir Puteh merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah memberikan komitmen dan kerjasama sehingga kejayaan ini dapat dicapai. Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi untuk terus mengharumkan nama organisasi pada masa akan datang.