PERHIMPUNAN BULANAN KAKITANGAN MDPP BAGI BULAN JUN 2026
PERHIMPUNAN BULANAN KAKITANGAN MDPP BAGI BULAN JUN 2026
Pasir Puteh, 25 Jun 2026, Khamis – Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) telah mengadakan Perhimpunan Bulanan Kakitangan bagi Bulan Jun 2026 bertempat di Dewan Utama, Majlis Daerah Pasir Puteh bermula jam 8.30 pagi.
Program ini melibatkan penyertaan semua kakitangan Majlis Daerah Pasir Puteh sebagai satu platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim serta memperkukuhkan semangat kerjasama dalam kalangan warga kerja MDPP.
Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Selamat Sultan, diikuti dengan lafaz Ikrar Rukun Negara serta bacaan doa selamat bagi memohon keberkatan dan kesejahteraan kepada semua warga MDPP dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing.
Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan aluan oleh YABrs. En. Zulkarnean bin Isa, Setiausaha MDPP yang menzahirkan penghargaan kepada semua kakitangan atas komitmen dan dedikasi dalam melaksanakan amanah yang diberikan.
Turut diadakan dalam majlis tersebut ialah penyampaian hadiah sempena sambutan hari lahir bagi kakitangan yang lahir pada bulan Jun sebagai tanda penghargaan dan meraikan warga kerja MDPP.
Penganjuran program ini diharapkan dapat memperkukuhkan ukhuwah serta memupuk nilai kebersamaan dalam kalangan warga kerja MDPP.