Accessibility Tools

Skip to main content
A- A A+
      warna1   warna2   warna3      

 

Operasi Haiwan Merayau

    PASIR PUTEH, 22 Jun 2026 – Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) berjaya menangkap tiga (3) ekor lembu dalam Operasi Haiwan Merayau yang dijalankan dari malam Ahad hingga awal pagi tadi.
    Operasi bermula pada pukul 10.00 malam, 21 Jun 2026 (Ahad) dan berakhir pukul 4.00 pagi, 22 Jun 2026 (Isnin). Seramai enam anggota terlibat, terdiri daripada tiga anggota Jabatan Penguatkuasaan dan tiga anggota Jabatan Pelesenan dan Persekitaran MDPP.
    Lokasi rondaan
    Operasi meliputi enam lokasi utama iaitu
    Jalan Jeram Pasu, Dalam Rhu (susulan aduan awam), Telaga Papan, Gajah Mati, Gong Kedak dan Tok Bali
    Tindakan terhadap pemilik MDPP menegaskan pemilik lembu yang ditangkap akan dikenakan kompaun mengikut Undang-Undang Kecil Haiwan Merayau MDPP.
    Pemilik diminta tampil membuat tuntutan di MDPP dengan membawa dokumen pemilikan yang sah.
    Sekiranya tiada tuntutan dibuat dalam tempoh 7 hari dari tarikh tangkapan, lembu-lembu tersebut akan dilelong mengikut prosedur yang ditetapkan. Hasil lelongan akan menjadi milik MDPP bagi menampung kos operasi dan penjagaan haiwan.
    Jurucakap MDPP memaklumkan operasi ini dijalankan berterusan bagi menangani aduan awam mengenai haiwan merayau yang boleh membahayakan pengguna jalan raya serta merosakkan harta awam MDPP turut menasihatkan penternak agar memastikan haiwan ternakan dikurung dan tidak dibiarkan berkeliaran, bagi mengelak tindakan undang-undang dan risiko kemalangan.

    DASAR PRIVASI

    SEO - Laman Web Rasmi Majlis Daerah PASIR PUTEH

    Penerbitan
    Arkib Berita
    KELGOV PPST