Accessibility Tools

Skip to main content
A- A A+
      warna1   warna2   warna3      

 

PERHIMPUNAN BULANAN KAKITANGAN MDPP BAGI BULAN MEI 2026

    PERHIMPUNAN BULANAN KAKITANGAN MDPP BAGI BULAN MEI 2026
    Pasir Puteh, 20 Mei 2026, Rabu – Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) telah mengadakan Perhimpunan Bulanan Kakitangan bagi Bulan Mei 2026 bertempat di Dewan Utama, Majlis Daerah Pasir Puteh bermula jam 8.30 pagi.
    Program ini melibatkan penyertaan semua kakitangan Majlis Daerah Pasir Puteh sebagai satu platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim serta memperkukuhkan semangat kerjasama dalam kalangan warga kerja MDPP.
    Majlis dimulakan dengan Taklimat Mengenai Potongan Gaji Wakaf Tunai Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, MAIK oleh wakil MAIK. Majlis diteruskan dengan nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Selamat Sultan, diikuti dengan lafaz Ikrar Rukun Negara serta bacaan doa selamat bagi memohon keberkatan dan kesejahteraan kepada semua warga MDPP dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing.
    Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan aluan oleh YABrs. En. Zulkarnean bin Isa, Setiausaha MDPP yang menzahirkan penghargaan kepada semua kakitangan atas komitmen dan dedikasi dalam melaksanakan amanah yang diberikan.
    Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan oleh YABrs. En. Mohd Kamarulzaman bin Ab Wahab, Yang Dipertua MDPP yang turut menekankan kepentingan kerjasama, integriti dan semangat berpasukan dalam memastikan perkhidmatan terbaik dapat diberikan kepada masyarakat setempat.
    Turut diadakan dalam majlis tersebut ialah penyampaian hadiah sempena sambutan hari lahir bagi kakitangan yang lahir pada bulan Mei sebagai tanda penghargaan dan meraikan warga kerja MDPP.
    Penganjuran program ini diharapkan dapat memperkukuhkan ukhuwah serta memupuk nilai kebersamaan dalam kalangan warga kerja MDPP.
    -------------------------------------------------------------------------------------------------------
    Aduan Rasmi
    Media Rasmi
    FB : Majlis Daerah Pasir Puteh
    YouTube : @MajlisDaerahPasirPuteh
    Instagram : majlisdaerahpasirputehofficial
    Tiktok : @majlisdaerahpasirputeh

    DASAR PRIVASI

    SEO - Laman Web Rasmi Majlis Daerah PASIR PUTEH

    Penerbitan
    Arkib Berita
    KELGOV PPST