Accessibility Tools

Skip to main content
A- A A+
      warna1   warna2   warna3      

 

𝐒𝐎𝐋𝐀𝐓 𝐒𝐔𝐍𝐀𝐓 𝐃𝐇𝐔𝐇𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐋𝐈𝐀𝐇 𝐔𝐌𝐈 𝐊𝐀𝐊𝐈𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐌𝐃𝐏𝐏 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 APRIL 𝟐𝟎𝟐𝟔

    𝐒𝐎𝐋𝐀𝐓 𝐒𝐔𝐍𝐀𝐓 𝐃𝐇𝐔𝐇𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐋𝐈𝐀𝐇 𝐔𝐌𝐈 𝐊𝐀𝐊𝐈𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐌𝐃𝐏𝐏 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 APRIL 𝟐𝟎𝟐𝟔
    𝐏𝐚𝐬𝐢𝐫 𝐏𝐮𝐭𝐞𝐡, 28 April 𝟐𝟎𝟐𝟔 – Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) telah menganjurkan Program Solat Sunat Dhuha dan Kuliah UMI Kakitangan MDPP bagi Bulan April 2026 bertempat di Dewan Utama, Majlis Daerah Pasir Puteh, bermula jam 8.30 pagi.
    Program yang diadakan pada Selasa, 28 April 𝟐𝟎𝟐𝟔, 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚𝐚𝐧 10 Zulkaedah 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇 ini melibatkan semua kakitangan Majlis Daerah Pasir Puteh dan bertujuan untuk menyemarakkan penghayatan nilai-nilai kerohanian serta memperkukuh sahsiah dan integriti dalam kalangan warga kerja MDPP.
    Pengisian program dimulakan dengan Solat Sunat Dhuha secara berjemaah, diikuti dengan Kuliah UMI yang disampaikan oleh 𝐀𝐥-𝐅𝐚𝐝𝐡𝐢𝐥 𝐔𝐬𝐭𝐚𝐳 Nazeri bin Mustafa, yang menyampaikan tazkirah serta peringatan berhubung kepentingan ibadah korban dalam Islam.
    Penganjuran program seumpama ini diharap dapat menjadi platform berterusan dalam membentuk budaya kerja yang berteraskan nilai murni, meningkatkan disiplin diri serta memperkukuh ukhwah dalam kalangan kakitangan MDPP.
    Program ini juga selari dengan usaha pihak pengurusan MDPP dalam melahirkan warga kerja yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

    DASAR PRIVASI

    SEO - Laman Web Rasmi Majlis Daerah PASIR PUTEH

    Penerbitan
    Arkib Berita
    KELGOV PPST