BERITA OPERASI TANGKAPAN HAIWAN RAYAU
BERITA OPERASI TANGKAPAN HAIWAN RAYAU
Pada 19 April 2026 (Ahad), sekitar jam 10.00 malam, satu operasi tangkapan haiwan rayau telah dilaksanakan di beberapa lokasi sekitar Taman Awam Bukit Gedombak, Jelor, Kampung Nara, Jalan Jeram Pasu, Cherang Ruku, Tok Bali dan Semerak.
Operasi ini melibatkan seramai 9 orang anggota daripada pelbagai agensi iaitu Jabatan Penguatkuasaan MDPP, Jabatan Pelesenan dan Kesihatan Awam (PKA) MDPP, IPD Pasir Puteh.
Hasil daripada operasi tersebut, sebanyak 1 ekor lembu telah berjaya ditangkap di kawasan Semerak, Kampung Dalam Rhu. Tangkapan ini dibuat berikutan aduan awam dan pemantauan terhadap haiwan ternakan yang dibiarkan berkeliaran sehingga mengganggu keselamatan pengguna jalan raya serta penduduk setempat.
Pihak berkuasa ingin mengingatkan semua pemilik haiwan ternakan khususnya lembu agar tidak melepaskan haiwan mereka berkeliaran tanpa kawalan. Tindakan kompaun akan dikenakan terhadap pemilik yang gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan.
Selain itu, pemilik haiwan yang telah ditangkap diminta untuk menebus haiwan mereka dalam tempoh 7 hari bermula dari tarikh tangkapan. Sekiranya gagal berbuat demikian, haiwan tersebut akan dilupuskan melalui proses lelongan mengikut prosedur yang berkuat kuasa.
Kerjasama semua pihak amat dihargai bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan awam sentiasa terpelihara.