Accessibility Tools

Skip to main content
A- A A+
      warna1   warna2   warna3      

 

𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐄𝐏𝐀𝐃𝐔 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐍𝐓𝐀𝐔𝐀𝐍 𝐕𝐀𝐏𝐄

    Pasir Puteh, 17 April 2026 – Satu operasi bersepadu pemantauan vape telah dilaksanakan bermula 𝟏𝟑 𝐀𝐩𝐫𝐢𝐥 𝐡𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚 𝟏𝟕 𝐀𝐩𝐫𝐢𝐥 𝟐𝟎𝟐𝟔 di seluruh jajahan Pasir Puteh. Operasi ini dianjurkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh dengan kerjasama Jabatan Penguatkuasaan Majlis Daerah Pasir Puteh serta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Pasir Puteh.
    Operasi ini bertujuan untuk mengesan penyalahgunaan bahan terlarang khususnya dadah yang disyaki dicampur dalam cecair vape, di samping mengesan sebarang pelanggaran undang-undang berkaitan penjualan dan penggunaan rokok elektronik.
    Sepanjang tempoh operasi dijalankan, beberapa premis menjual vape telah diperiksa oleh pihak berkuasa. Hasil pemeriksaan mendapati terdapat pelbagai jenis barangan vape yang disyaki melanggar peraturan telah disita untuk tindakan lanjut.
    Pihak berkuasa memandang serius isu penyalahgunaan vape yang kini dilihat semakin membimbangkan, khususnya apabila terdapat laporan mengenai cecair vape yang mengandungi bahan terlarang termasuk dadah. Sehubungan itu, tindakan penguatkuasaan akan terus dipertingkatkan dari semasa ke semasa.
    Dalam masa yang sama, ibu bapa dan penjaga disarankan agar memainkan peranan penting dalam memantau pergerakan dan pergaulan anak-anak supaya tidak terjebak dengan aktiviti penggunaan vape. Hal ini kerana trend semasa menunjukkan terdapat segelintir pihak tidak bertanggungjawab yang mencampurkan dadah ke dalam cecair vape, sekali gus boleh menjerumuskan golongan muda ke arah penyalahgunaan dadah tanpa disedari.
    Kerjasama semua pihak amat diperlukan dalam membendung gejala ini demi menjaga keselamatan dan kesejahteraan masyarakat setempat.

    DASAR PRIVASI

    SEO - Laman Web Rasmi Majlis Daerah PASIR PUTEH

    Penerbitan
    Arkib Berita
    KELGOV PPST