𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐄𝐏𝐀𝐃𝐔 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐈𝐁𝐔𝐑𝐀𝐍
𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐄𝐏𝐀𝐃𝐔 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐈𝐁𝐔𝐑𝐀𝐍
TOK BALI, PASIR PUTEH – Satu Operasi Bersepadu Kawalan Hiburan telah dijalankan di sekitar kawasan Tok Bali, Pasir Puteh pada 7/3/2026 jam 11.00 malam bagi memastikan premis hiburan mematuhi peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.
Operasi tersebut melibatkan kerjasama beberapa agensi iaitu Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP), IPD Pasir Puteh, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Pasir Puteh serta Pejabat Agama Pasir Puteh.
Hasil pemeriksaan yang dijalankan mendapati sebuah premis menjalankan aktiviti hiburan tanpa lesen yang sah. Sehubungan itu, tindakan telah diambil di bawah 𝐒𝐞𝐤𝐬𝐲𝐞𝐧 𝟕(𝟏)(𝐚) 𝐄𝐧𝐚𝐤𝐦𝐞𝐧 𝐊𝐚𝐰𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐇𝐢𝐛𝐮𝐫𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭-𝐓𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭 𝐇𝐢𝐛𝐮𝐫𝐚𝐧 (𝐊𝐞𝐥𝐚𝐧𝐭𝐚𝐧) 𝟐𝟎𝟐* kerana menjalankan 𝐚𝐤𝐭𝐢𝐯𝐢𝐭𝐢 𝐡𝐢𝐛𝐮𝐫𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐥𝐞𝐬𝐞𝐧 𝐝𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐃𝐚𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐏𝐚𝐬𝐢𝐫 𝐏𝐮𝐭𝐞𝐡.
Dalam operasi tersebut juga, pihak penguat kuasa telah 𝐦𝐞𝐧𝐲𝐢𝐭𝐚 𝐬𝐚𝐭𝐮 𝐬𝐞𝐭 𝐤𝐚𝐫𝐚𝐨𝐤𝐞 (𝟖 𝐢𝐭𝐞𝐦) 𝐝𝐢 𝐛𝐚𝐰𝐚𝐡 𝐒𝐞𝐤𝐬𝐲𝐞𝐧 𝟐𝟕 𝐄𝐧𝐚𝐤𝐦𝐞𝐧 𝐊𝐚𝐰𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐇𝐢𝐛𝐮𝐫𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭-𝐓𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭 𝐇𝐢𝐛𝐮𝐫𝐚𝐧 (𝐊𝐞𝐥𝐚𝐧𝐭𝐚𝐧) 𝟐𝟎𝟐𝟓 sebagai barang kes bagi tujuan siasatan lanjut.
Kesalahan ini boleh 𝐝𝐢𝐤𝐨𝐦𝐩𝐚𝐮𝐧 𝐦𝐚𝐤𝐬𝐢𝐦𝐮𝐦 𝐬𝐞𝐡𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚 𝐑𝐌𝟐𝟓,𝟎𝟎𝟎. Selain itu, kesalahan tersebut juga boleh 𝐝𝐢𝐝𝐚𝐤𝐰𝐚 𝐝𝐢 𝐦𝐚𝐡𝐤𝐚𝐦𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐤𝐢𝐫𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐝𝐢𝐬𝐚𝐛𝐢𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐬𝐚𝐥𝐚𝐡𝐚𝐧, 𝐩𝐞𝐬𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐝𝐢𝐤𝐞𝐧𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐞𝐧𝐝𝐚 𝐦𝐚𝐤𝐬𝐢𝐦𝐮𝐦 𝐑𝐌𝟓𝟎,𝟎𝟎𝟎 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐚𝐫𝐚 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐦𝐞𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡𝐢 𝐥𝐢𝐦𝐚 (𝟓) 𝐭𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐤𝐞𝐝𝐮𝐚-𝐝𝐮𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐬𝐞𝐤𝐚𝐥𝐢.
Pihak berkuasa menegaskan bahawa tindakan tegas akan terus diambil terhadap mana-mana premis yang menjalankan aktiviti hiburan tanpa lesen serta melanggar peruntukan undang-undang yang telah ditetapkan. Operasi seperti ini akan terus dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi memastikan aktiviti hiburan di daerah Pasir Puteh sentiasa terkawal dan mematuhi undang-undang.