Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi Tahun 2025 Peringkat Majlis Daerah Pasir Puteh dan Program Perhimpunan Bulanan Kakitangan Bulan Februari 2026
16 Februari 2026 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚𝐚𝐧 29 Syaaban 1447H | Isnin | 𝟐.𝟎𝟎 𝐩𝐞𝐭𝐚𝐧𝐠 | Sekitar Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi Tahun 2025 Peringkat Majlis Daerah Pasir Puteh dan Program Perhimpunan Bulanan Kakitangan Bulan Februari 2026 yang diadakan di Dewan Utama, MDPP. Program ini dirasmikan oleh YABrs. Encik Mohd Kamarulzaman Bin Ab Wahab, Yang Dipertua MDPP. Turut hadir adalah YBrs. Ketua Whip, Timbalan Ketua Whip dan Setiausaha MDPP. Seramai 12 orang kakitangan mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2025. Program ini diadakan bersama himpunan bulanan kakitangan bagi Bulan Februari 2026. Program ini disusuli dengan pemberian sumbangan hadiah hari jadi kepada kakitangan yang lahir pada bulan Februari.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Aduan Rasmi
Media Rasmi
FB : Majlis Daerah Pasir Puteh
YouTube : @MajlisDaerahPasirPuteh
Instagram : majlisdaerahpasirputehofficial
Tiktok : @majlisdaerahpasirputeh
Website :https://mdpputeh.kelantan.gov.my