𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐓𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐈𝐖𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐍𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐑𝐀𝐘𝐀𝐔 (𝐋𝐄𝐌𝐁𝐔) 𝐃𝐈 𝐉𝐀𝐉𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐒𝐈𝐑 𝐏𝐔𝐓𝐄𝐇









𝐏𝐚𝐬𝐢𝐫 𝐏𝐮𝐭𝐞𝐡, 𝟐𝟔 𝐉𝐚𝐧𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔 – Satu operasi menangkap haiwan ternakan (lembu) yang merayau telah dijalankan oleh Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) pada malam Ahad, 25 Januari 2026, bagi mengatasi isu gangguan dan bahaya kepada penduduk dan pengguna jalan raya.
Operasi yang berlangsung dari jam 9.00 malam hingga 4.00 pagi itu melibatkan 5 anggota iaitu 3 anggota dari Jabatan Penguatkuasaan (MDPP) dan 2 anggota Jabatan Pelesenan & Persekitaran Awam (MDPP). Kawasan tumpuan operasi merangkumi beberapa lokasi yang sering dilaporkan terdapat haiwan merayau, iaitu di sekitar 𝐏𝐚𝐬𝐚𝐫 𝐒𝐢𝐭𝐢 𝐇𝐚𝐣𝐚𝐫, 𝐓𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐀𝐰𝐚𝐦 𝐁𝐮𝐤𝐢𝐭 𝐆𝐞𝐝𝐨𝐦𝐛𝐚𝐤, 𝐉𝐞𝐥𝐨𝐫, 𝐉𝐞𝐫𝐚𝐦, 𝐂𝐡𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐑𝐮𝐤𝐮 - 𝐓𝐞𝐥𝐚𝐠𝐚 𝐏𝐚𝐩𝐚𝐧, 𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐚𝐜𝐡𝐚𝐤𝐚𝐧.
Hasil daripada operasi tersebut, sebanyak 6 ekor lembu telah berjaya ditangkap.
Kepada pemilik lembu yang ditangkap boleh membuat tuntutan di Pejabat MDPP dalam 𝐭𝐞𝐦𝐩𝐨𝐡 𝐭𝐮𝐣𝐮𝐡 (𝟕) 𝐡𝐚𝐫𝐢 bermula 26 Januari 2026. Pemilik perlu membawa dokumen pengenalan diri dan bukti pemilikan yang sah.
𝐉𝐢𝐤𝐚 𝐡𝐚𝐢𝐰𝐚𝐧-𝐡𝐚𝐢𝐰𝐚𝐧 𝐢𝐧𝐢 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐝𝐢𝐭𝐮𝐧𝐭𝐮𝐭 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐭𝐞𝐦𝐩𝐨𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐛𝐞𝐫𝐢𝐤𝐚𝐧, 𝐢𝐚 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐥𝐞𝐥𝐨𝐧𝐠 mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.
Selain itu, 𝐭𝐢𝐧𝐝𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐨𝐦𝐩𝐚𝐮𝐧 𝐣𝐮𝐠𝐚 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐤𝐞𝐧𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞 𝐚𝐭𝐚𝐬 𝐩𝐞𝐦𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐡𝐚𝐢𝐰𝐚𝐧 tersebut yang didapati melanggar undang-undang kecil mengenai haiwan ternakan merayau. Tindakan ini adalah bagi mendidik pemilik agar lebih bertanggungjawab dan menjaga haiwan ternakan mereka dengan baik, sekaligus memelihara keselamatan dan kebersihan awam.
Pihak MDPP mengingatkan semua pemilik haiwan ternakan agar mengambil langkah wajar untuk mengurung atau memasang pagar yang kukuh bagi mengelakkan haiwan mereka daripada berkeliaran. Operasi seumpama ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan keselesaan dan keselamatan orang awam terjamin.
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan