𝐎𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐓𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐩𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐢𝐰𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐫𝐚𝐲𝐚𝐮




asir Puteh, 𝟐𝟏 𝐉𝐚𝐧𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔 – Satu operasi bersepadu menangkap haiwan ternakan merayau telah dijalankan di 𝐊𝐚𝐦𝐩𝐮𝐧𝐠 𝐆𝐨𝐧𝐠 𝐒𝐚𝐰𝐚 , pada jam 3.00 petang. Operasi ini melibatkan seramai 8 anggota keseluruhan, terdiri daripada 4 anggota Jabatan Penguatkuasaan MDPP, 2 anggota Unit Landskap MDPP dan 2 anggota PDRM dari Balai Pasir Puteh
Dalam operasi tersebut, pihak berkuasa berjaya menangkap 𝐝𝐮𝐚 (𝟐) 𝐞𝐤𝐨𝐫 𝐥𝐞𝐦𝐛𝐮 yang didapati berkeliaran tanpa kawalan di kawasan berkenaan.
Menurut Jabatan Penguatkuasaan, tindakan ini diambil bagi memastikan keselamatan penduduk dan pengguna jalan raya, selain menjaga kebersihan serta imej kawasan awam. Haiwan ternakan yang dibiarkan merayau bebas boleh mengundang risiko kemalangan dan menimbulkan keresahan masyarakat.
Pemilik haiwan yang ditangkap diminta hadir untuk membuat tuntutan dalam 𝐭𝐞𝐦𝐩𝐨𝐡 𝟕 𝐡𝐚𝐫𝐢 dari tarikh operasi. Sekiranya tiada tuntutan dibuat dalam tempoh tersebut, 𝐡𝐚𝐢𝐰𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐤𝐞𝐧𝐚𝐚𝐧 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐥𝐞𝐥𝐨𝐧𝐠 mengikut peraturan yang ditetapkan.
Selain itu, 𝐭𝐢𝐧𝐝𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐨𝐦𝐩𝐚𝐮𝐧 akan dikenakan mengikut 𝐔𝐧𝐝𝐚𝐧𝐠-𝐔𝐧𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐊𝐞𝐜𝐢𝐥 yang telah ditetapkan kepada pemilik haiwan yang didapati cuai sehingga menyebabkan ternakan mereka merayau bebas.
Pihak berkuasa turut menegaskan agar semua pemilik ternakan lebih bertanggungjawab dengan memastikan haiwan mereka dikawal rapi dan tidak dilepaskan bebas sehingga mengganggu keselamatan awam.
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan