𝐏𝐚𝐬𝐢𝐫 𝐏𝐮𝐭𝐞𝐡, 𝟏𝟖 𝐉𝐚𝐧𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔 - Telah berlangsung Mesyuarat Penuh Majlis Daerah Pasir Puteh Bilangan 1/2026 di Bilik Mesyuarat Anggerik, MDPP





𝐏𝐚𝐬𝐢𝐫 𝐏𝐮𝐭𝐞𝐡, 𝟏𝟖 𝐉𝐚𝐧𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔 - Telah berlangsung Mesyuarat Penuh Majlis Daerah Pasir Puteh Bilangan 1/2026 di Bilik Mesyuarat Anggerik, MDPP yang mana telah diadakan Majlis Mengangkat Sumpah Penerimaan Jawatan Ahli Majlis Dan Pembentukan JawatanKuasa-Jawatankuasa Majlis Daerah Pasir Puteh bagi tahun 2026.
Majlis tersebut telah disempurnakan dihadapan Yang Dipertua Majlis Daerah Pasir Puteh iaitu YABrs. En. Muhammad Kamarulzaman bin Ab Wahab dan YBrs. En. Zulkarnean Isa selaku Setiausana MDPP.
Dalam ucapan pembukaan, Tuan YDP mengucapkan tahniah kepada semua ahli majlis yang menerima watikah pelantikan dan berharap setiap ahli majlis lebih bersemangat dan memainkan peranan dengan lebih agresif bagi mendepani cabaran masa kini demi kesejahteraan penduduk Pasir Puteh. YBrs. En. W Hassan bin W Ibrahim dan YBrs. Mohd Judin Bin Samad masing-masing telah dilantik sebagai Ketua WHIP dan timbalan Ketua WHIP, Majlis Daerah Pasir Puteh bagi sesi 2026 ini.