Skip to main content

𝐒𝐎𝐋𝐀𝐓 𝐒𝐔𝐍𝐀𝐓 𝐃𝐇𝐔𝐇𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐋𝐈𝐀𝐇 𝐔𝐌𝐈 𝐊𝐀𝐊𝐈𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐌𝐃𝐏𝐏 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐍𝐔𝐀𝐑𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔

kuliah 2kuliah 3kuliah 4kuliah 5

 

𝐏𝐚𝐬𝐢𝐫 𝐏𝐮𝐭𝐞𝐡, 𝟏𝟖 𝐉𝐚𝐧𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔 – Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) telah menganjurkan Program Solat Sunat Dhuha dan Kuliah UMI Kakitangan MDPP bagi Bulan Januari 2026 bertempat di Dewan Utama, Majlis Daerah Pasir Puteh, bermula jam 8.30 pagi.

Program yang diadakan pada 𝐀𝐡𝐚𝐝, 𝟏𝟖 𝐉𝐚𝐧𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔, 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚𝐚𝐧 𝟐𝟖 𝐑𝐞𝐣𝐚𝐛 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇 ini melibatkan semua kakitangan Majlis Daerah Pasir Puteh dan bertujuan untuk menyemarakkan penghayatan nilai-nilai kerohanian serta memperkukuh sahsiah dan integriti dalam kalangan warga kerja MDPP.

Pengisian program dimulakan dengan Solat Sunat Dhuha secara berjemaah, diikuti dengan Kuliah UMI yang disampaikan oleh 𝐀𝐥-𝐅𝐚𝐝𝐡𝐢𝐥 𝐔𝐬𝐭𝐚𝐳 𝐌𝐨𝐡𝐝 𝐑𝐨𝐬𝐦𝐚𝐧 𝐛𝐢𝐧 𝐂𝐡𝐞 𝐇𝐚𝐫𝐮𝐧, Imam Tua Masjid Jamek Ibrahimi, Pasir Puteh yang menyampaikan tazkirah serta peringatan berhubung kepentingan amalan kerohanian dalam kehidupan seharian dan peranan penjawat awam dalam melaksanakan amanah dengan penuh tanggungjawab.

Penganjuran program seumpama ini diharap dapat menjadi platform berterusan dalam membentuk budaya kerja yang berteraskan nilai murni, meningkatkan disiplin diri serta memperkukuh ukhwah dalam kalangan kakitangan MDPP.

Program ini juga selari dengan usaha pihak pengurusan MDPP dalam melahirkan warga kerja yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Hilmi Abdullah

Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan

#MDPP

#pasirputeh

#kuliahumi

#ubudiyyahmasuliyyahitqan

DASAR PRIVASI

SEO - Laman Web Rasmi Majlis Daerah PASIR PUTEH

Penerbitan
Arkib Berita
KELGOV PPST