Skip to main content

𝐎𝐏𝐒 𝐒𝐇𝐈𝐒𝐇𝐀: 𝐀𝐊𝐓𝐈𝐕𝐈𝐓𝐈 𝐒𝐇𝐈𝐒𝐇𝐀 𝐃𝐈𝐒𝐈𝐓𝐀 – 𝐀𝐌𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐒 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀

𝐒𝐡𝐢𝐬𝐡𝐚 1𝐒𝐡𝐢𝐬𝐡𝐚 2𝐒𝐡𝐢𝐬𝐡𝐚 3𝐒𝐡𝐢𝐬𝐡𝐚 4𝐒𝐡𝐢𝐬𝐡𝐚 5𝐒𝐡𝐢𝐬𝐡𝐚 6𝐒𝐡𝐢𝐬𝐡𝐚 7𝐒𝐡𝐢𝐬𝐡𝐚 8𝐒𝐡𝐢𝐬𝐡𝐚 10𝐒𝐡𝐢𝐬𝐡𝐚 11

 

Pada 7 Januari 2026 (Rabu), satu 𝐎𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐞𝐩𝐚𝐝𝐮 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐚𝐭𝐤𝐮𝐚𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐒𝐡𝐢𝐬𝐡𝐚 telah dijalankan oleh Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) bersama Polis Diraja Malaysia daripada IPD Pasir Puteh di dua (2) lokasi iaitu di Padang Pak Amat dan Kuala Semerak.

Operasi bermula jam 9.00 malam dan melibatkan seramai 𝟏𝟐 𝐚𝐧𝐠𝐠𝐨𝐭𝐚 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐮𝐚𝐭 𝐤𝐮𝐚𝐬𝐚 𝐌𝐃𝐏𝐏, 𝟑 𝐚𝐧𝐠𝐠𝐨𝐭𝐚 𝐏𝐃𝐑𝐌 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐁𝐚𝐥𝐚𝐢 𝐏𝐚𝐬𝐢𝐫 𝐏𝐮𝐭𝐞𝐡, dan 𝟐 𝐚𝐧𝐠𝐠𝐨𝐭𝐚 𝐏𝐃𝐑𝐌 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐁𝐚𝐥𝐚𝐢 𝐒𝐞𝐦𝐞𝐫𝐚𝐤. Fokus operasi ini adalah terhadap aktiviti penjualan dan penyediaan shisha di Jajahan Pasir Puteh.

Hasil operasi, beberapa set shisha telah 𝐝𝐢𝐬𝐢𝐭𝐚 daripada premis yang menjalankan perniagaan tersebut dan tanpa kebenaran. Tindakan ini diambil kerana aktiviti tersebut 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐠𝐚𝐫 𝐝𝐚𝐬𝐚𝐫 𝐊𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 serta bertentangan dengan undang-undang kecil yang dikuatkuasakan di bawah Majlis Daerah Pasir Puteh.

𝐌𝐃𝐏𝐏 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫𝐢 𝐚𝐦𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐫𝐚𝐬 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐞𝐦𝐮𝐚 𝐩𝐞𝐧𝐢𝐚𝐠𝐚 𝐬𝐮𝐩𝐚𝐲𝐚 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐥𝐚𝐧𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐧𝐢𝐚𝐠𝐚𝐚𝐧 𝐬𝐡𝐢𝐬𝐡𝐚 𝐝𝐢 𝐉𝐚𝐣𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐏𝐚𝐬𝐢𝐫 𝐏𝐮𝐭𝐞𝐡. Aktiviti ini 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐝𝐢𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐬𝐞𝐤𝐚𝐥𝐢 dan sebarang pelanggaran akan dikenakan tindakan tegas termasuk penyitaan, kompaun dan pendakwaan.

Orang ramai juga diseru untuk tidak menyokong aktiviti ini dan membantu pihak berkuasa dalam memelihara keharmonian serta kesihatan masyarakat setempat.

Hilmi Abdullah

Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan

Ipd Pasir Puteh

#MDPP

#pasirputeh

#pasirputehkelantan

#pasirputehbersihindahceriasejahtera

DASAR PRIVASI

SEO - Laman Web Rasmi Majlis Daerah PASIR PUTEH

Penerbitan
Arkib Berita
KELGOV PPST