OPERASI PENYITAAN VAPE OLEH MDPP – 6 JANUARI 2026










Pada 6 Januari 2026 (Selasa), Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) telah menjalankan Operasi Penguatkuasaan terhadap premis yang menjual vape di dua lokasi iaitu Cherang Ruku dan Tok Bali. Operasi bermula pada jam 4.30 petang melibatkan 10 anggota penguat kuasa MDPP.
Pemeriksaan mendapati dua buah premis telah melakukan kesalahan menjual produk vape, iaitu barangan yang tidak dibenarkan oleh MDPP dan Kerajaan Negeri Kelantan.
Sebagai tindakan, pihak MDPP telah menyita produk vape serta peralatan berkaitan daripada premis-premis tersebut.
Pihak MDPP ingin mengingatkan semua peniaga agar mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan, termasuk larangan penjualan barangan yang tidak diluluskan. Tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana premis yang ingkar.
Operasi seumpama ini akan diteruskan dari semasa ke semasa demi menjamin keselamatan dan kesejahteraan komuniti.