Skip to main content

Program Celik Al-Quran Pasir Puteh bertempat di Dewan Utama Majlis Daerah Pasir Puteh

Celik Al Quran 2Celik Al Quran 3Celik Al Quran 4Celik Al Quran 5Celik Al Quran 6Celik Al Quran 7Celik Al Quran 8Celik Al Quran 9Celik Al Quran 10Celik Al Quran 11Celik Al Quran 12Celik Al Quran 13

 

PASIR PUTEH, 4 Rejab 1447H | 25 Disember 2025 – Program Celik Al-Quran Pasir Puteh telah berlangsung dengan jayanya pada Khamis, bertempat di Dewan Utama, Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP).

Majlis penutup program tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Mulia (YBM) Dato’ Haji Tuan Mohd Saripudin bin Tuan Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi Negeri Kelantan.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah YBrs. Setiausaha Majlis Daerah Pasir Puteh, YBrs. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Belia dan Kebajikan MDPP serta Ahli-ahli Majlis Daerah Pasir Puteh.

Program ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Pembangunan Islam, Belia dan Kebajikan Majlis Daerah Pasir Puteh dengan tujuan untuk meningkatkan tahap celik Al-Quran dalam kalangan masyarakat/belia serta menyemai kefahaman dan penghayatan terhadap ajaran Islam secara berterusan.

Selain pengisian utama program, Klinik Al-Fatihah turut diadakan bagi memberi penekanan kepada pembetulan bacaan Surah Al-Fatihah secara tepat dan bertajwid, selaras dengan kepentingannya sebagai rukun utama dalam solat.

Dalam ucapannya, YBM Dato’ Haji Tuan Mohd Saripudin bin Tuan Ismail merakamkan penghargaan kepada pihak penganjur atas usaha berterusan menganjurkan program berteraskan ilmu Al-Quran yang memberi manfaat besar kepada komuniti setempat.

Beliau turut berharap agar program seumpama ini dapat diteruskan dan diperluaskan pada masa akan datang.

Majlis diakhiri sesi bergambar bersama peserta sebagai kenangan.

Hilmi Abdullah

Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan

#programcelikalquran

#klinikalfatihah

DASAR PRIVASI

SEO - Laman Web Rasmi Majlis Daerah PASIR PUTEH

Penerbitan
Arkib Berita
KELGOV PPST