Skip to main content

𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐈𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐕𝐀𝐏𝐄 𝐎𝐋𝐄𝐇 𝐌𝐃𝐏𝐏 – 𝟐𝟏 𝐃𝐈𝐒𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟓

vape 1vape 2vape 4vape 5vape 6vape 7vape 8vape 9vape 3

 

Pada 21 Disember 2025 (Ahad), Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) telah menjalankan 𝐎𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐚𝐭𝐤𝐮𝐚𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝𝐚𝐩 𝐩𝐫𝐞𝐦𝐢𝐬 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐯𝐚𝐩𝐞 di dua lokasi iaitu B𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫 𝐁𝐚𝐫𝐮 𝐏𝐚𝐬𝐢𝐫 𝐏𝐮𝐭𝐞𝐡 dan 𝐉𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐁𝐲𝐩𝐚𝐬𝐬. Operasi bermula pada jam 𝟐.𝟑𝟎 𝐭𝐞𝐧𝐠𝐚𝐡 𝐡𝐚𝐫𝐢 dan melibatkan 𝟏𝟎 𝐚𝐧𝐠𝐠𝐨𝐭𝐚 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐮𝐚𝐭 𝐤𝐮𝐚𝐬𝐚 𝐌𝐃𝐏𝐏.

Pemeriksaan mendapati 𝐝𝐮𝐚 𝐛𝐮𝐚𝐡 𝐩𝐫𝐞𝐦𝐢𝐬 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐤𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐬𝐚𝐥𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐩𝐫𝐨𝐝𝐮𝐤 𝐯𝐚𝐩𝐞, iaitu barangan yang tidak dibenarkan oleh MDPP dan Kerajaan Negeri Kelantan.

Sebagai tindakan, pihak MDPP telah 𝐦𝐞𝐧𝐲𝐢𝐭𝐚 𝐩𝐫𝐨𝐝𝐮𝐤 𝐯𝐚𝐩𝐞 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐚𝐥𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐤𝐚𝐢𝐭𝐚𝐧 daripada premis-premis tersebut.

Pihak MDPP ingin mengingatkan semua peniaga agar 𝐦𝐞𝐦𝐚𝐭𝐮𝐡𝐢 𝐩𝐞𝐫𝐚𝐭𝐮𝐫𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐮𝐧𝐝𝐚𝐧𝐠-𝐮𝐧𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐭𝐞𝐭𝐚𝐩𝐤𝐚𝐧, termasuk larangan penjualan barangan yang tidak diluluskan. Tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana premis yang ingkar.

Operasi seumpama ini akan diteruskan dari semasa ke semasa demi menjamin keselamatan dan kesejahteraan komuniti.

#MajlisDaerahPasirPuteh

#bulanrejab

#pasirputeh

#pasirputehbersihindahceriasejahtera

DASAR PRIVASI

SEO - Laman Web Rasmi Majlis Daerah PASIR PUTEH

Penerbitan
Arkib Berita
KELGOV PPST