Skip to main content

𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐓𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐈𝐖𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐘𝐀𝐔 𝐃𝐈𝐒𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟓

    𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐓𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐈𝐖𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐘𝐀𝐔 𝐃𝐈𝐒𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟓
    𝐓𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐒𝐲𝐮𝐡𝐚𝐝𝐚𝐡, 𝐉𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐉𝐞𝐫𝐚𝐦 𝐏𝐚𝐬𝐮, 𝐏𝐚𝐬𝐢𝐫 𝐏𝐮𝐭𝐞𝐡 | 𝟗 𝐃𝐢𝐬𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟓 (𝐒𝐞𝐥𝐚𝐬𝐚)
    Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) telah menjalankan satu Operasi Tangkapan Haiwan Rayau pada 𝟗 𝐃𝐢𝐬𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟓 (𝐒𝐞𝐥𝐚𝐬𝐚) bermula jam 09.30 malam bertempat di Taman Syuhadah, Jalan Jeram Pasu, Pasir Puteh. Operasi ini dilakukan oleh Jabatan Penguatkuasaan MDPP.
    Seramai 𝟒 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐧𝐠𝐠𝐨𝐭𝐚 telah terlibat dalam operasi ini. Hasil daripada operasi ini, sebanyak 𝟏 𝐞𝐤𝐨𝐫 𝐥𝐞𝐦𝐛𝐮 berjaya ditangkap. Tangkapan dibuat setelah haiwan tersebut didapati berkeliaran tanpa kawalan di kawasan awam dan boleh mendatangkan risiko kepada pengguna jalan raya serta membahayakan keselamatan penduduk setempat.
    MDPP ingin mengingatkan kepada semua pemilik haiwan ternakan agar bertanggungjawab dalam mengawal haiwan masing-masing. Kegagalan berbuat demikian akan dikenakan tindakan di bawah U𝐧𝐝𝐚𝐧𝐠-𝐔𝐧𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐊𝐞𝐜𝐢𝐥 𝐇𝐚𝐢𝐰𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐲𝐚𝐮.

    DASAR PRIVASI

    SEO - Laman Web Rasmi Majlis Daerah PASIR PUTEH

    Penerbitan
    Arkib Berita
    KELGOV PPST