MAJLIS SAMBUTAN HARI KELANTANKU BERSIH 2025 – MDPP DINOBAT NAIB JOHAN ANUGERAH PASAR AWAM PBT TERBERSIH
𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐍𝐓𝐀𝐍𝐊𝐔 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐈𝐇 𝟐𝟎𝟐𝟓 – 𝐌𝐃𝐏𝐏 𝐃𝐈𝐍𝐎𝐁𝐀𝐓 𝐍𝐀𝐈𝐁 𝐉𝐎𝐇𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐀𝐒𝐀𝐑 𝐀𝐖𝐀𝐌 𝐏𝐁𝐓 𝐓𝐄𝐑𝐁𝐄𝐑𝐒𝐈𝐇
𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐁𝐇𝐀𝐑𝐔, 𝟎𝟖 𝐃𝐈𝐒𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟓 (𝐈𝐒𝐍𝐈𝐍) – Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada warga Pasir Puteh khususnya buat para peniaga dan pengunjung Pasar Siti Hajar apabila Majlis Daerah Pasir Puteh telah dinobatkan sebagai 𝐍𝐚𝐢𝐛 𝐉𝐨𝐡𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐀𝐒𝐀𝐑 𝐀𝐖𝐀𝐌 𝐏𝐈𝐇𝐀𝐊 𝐁𝐄𝐑𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐓𝐄𝐌𝐏𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐁𝐄𝐑𝐒𝐈𝐇 𝟐𝟎𝟐𝟓 sempena Majlis Sambutan Hari Kelantanku Bersih yang telah diadakan di Kota Darulnaim dengan membawa pulang hadiah kemenangan bernilai RM 3,000.00.
Kejayaan yang dicapai ini mencerminkan betapa pentingnya kerjasama MDPP dan masyarakat Pasir Puteh dalam isu menjaga kebersihan persekitaran selain menyokong usaha dan kerja-kerja kebersihan dan pengindahan pasar awam serta bandar yang telah dan akan dilakukan.
Dalam majlis yang sama, MDPP juga menerima sejumlah peruntukan daripada Kerajaan Negeri Kelantan khusus bagi pembelian tong sampah baharu demi meningkatkan kemudahan dan kesejahteraan rakyat Pasir Puteh.
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YB Dato’ Dr. Mohamed Fadzli Hassan, Timbalan Menteri Besar Kelantan. Turut hadir adalah YABrs. En. Mohd Kamarulzaman Bin Ab Wahab (Yang Dipertua MDPP), YBrs. En. Zulkarnean Bin Isa (Setiausaha MDPP), YBrs. En. Muhamad Nuri bin Azani (Pen. Setiausaha MDPP) serta YBrs. En. W. Hassan Bin W. Ibrahim (Ketua Whip MDPP).
Semoga kejayaan yang dilakar ini menjadi pemangkin kepada warga MDPP dan masyarakat untuk terus menjaga kebersihan persekitaran diseluruh Daerah Pasir Puteh ini dan diharapkan pelbagai anugerah lagi dapat dirangkul pada masa akan datang.