ππππππ: πππππππ πππππ πππ πππππππ πππππ ππππππππ ππ πππππ ππππππππππ πππππππππ (πππ) ππ πππππ πππ πππ ππππππππ ππ ππππππ πππππππ ππππ











πππππ πππππ,
ππ ππππππππ ππππ-Menteri Besar Kelantan, YAB Dato' Panglima Perang Ustaz Dato' Hj Mohd Nassuruddin bin Hj Mohd Daud, telah mengadakan lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Dalam Rhu bagi meninjau sendiri situasi terkini mangsa banjir dan tahap kesiapsiagaan agensi penyelamat dalam tempoh Monson Timur Laut ini. Lawatan tersebut diiringi oleh YBrs. Encik Mohd Kamarulzaman bin Ab. Wahab, YDP Majlis Daerah Pasir Puteh. Turut hadir adalah YB Nor Sham bin Sulaiman (ADUN Semerak), YB Nor Asilah binti Mohamed Zin (ADUN Limbongan), YB Ustaz Mohd Rodzi bin Jaβafar (ADUN Gaal) dan tidak ketinggalan En. W. Hassan bin W. Ibrahim (Ketua WHIP Majlis Daerah Pasir Puteh).
Semasa lawatan tersebut, Datoβ MB turut meluangkan masa bagi menyantuni dan bertanya khabar mangsa-mangsa banjir yang berada di PPS tersebut. Dalam suasana yang ceria itu, Dato MB tidak ketinggalan menyantuni petugas-petugas yang sedang memasak makanan untuk mangsa banjir selepas mendengar taklimat situasi banjir oleh agensi berkenaan dan wakil rakyat kawasan berkenaan.
Selesai sahaja melawat PPS , Datoβ MB bergegas pula ke Pantai Bisikan Bayu, Semerak bagi meninjau sendiri keadaan hakisan yang berlaku akibat gelombang ombak yang besar pada musim tengkujuh ini selain meminta pihak keselamatan dan agensi berkenaan sentiasa memantau keadaan semasa bagi mengelakkan sebarang musibah kepada penduduk kawasan tersebut.
Turut serta semasa lawatan tersebut YDH Supt. Zaizul Rizal Zakaria , Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Leftenan Kolonel Shahrul Nizam Mat (CO 16 RAMD Kem Desa Pahlawan), Penguasa Bomba PgB Rosmaidi Baharuddin (Ketua Zon 2 Kelantan), PKPgB Mohd Adni Ibrahim (Ketua Balai Bomba Pasir Puteh), Kapt. (PA) Nik Mohd Nor Nik Mat (Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Pasir Puteh), Dr. Zawiyah Dollah (Pegawai Kesihatan Daerah) dan Pn. Syafiqah Auni Abdullah (Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Pasir Puteh).