Kejohanan Bola Sepak Pantai Monsoon Cup Pasir Puteh 2025 Berlangsung Meriah Di Pantai Bisikan Bayu














𝐏𝐀𝐒𝐈𝐑 𝐏𝐔𝐓𝐄𝐇, 23 Nov - OPIB A muncul juara dalam Kejohanan Bola Sepak Pantai Monsoon Cup Pasir Puteh Tahun 2025 apabila berjaya menewaskan pasukan tuan rumah iaitu MDPP A dengan membawa pulang trofi kejohanan, medal serta hadiah kemenangan berjumlah Rm 5000.
Kejohanan yang bermula 22 -23 November anjuran Majlis Daerah Pasir Puteh dengan kerjasama Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan (TIC) itu berjaya menarik sebanyak 43 pasukan dari dalam dan luar Kelantan bagi berentap merebut hadiah kejuaraan.
Walaupun beraksi dalam suasana hujan, kesemua pasukan tetap menunjukkan aksi perlawanan yang menarik dan bersemangat disamping menerima sorakan padu penyokong masing-masing yang tetap setia berada di tepi gelanggang.
Majlis Perasmian Pembukaan Kejohanan telah disempurnakan oleh YB Datuk Kamarudin Md Nor Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Kelantan yang semasa ditemuramah oleh pihak media, telah menyatakan bahawa kejohanan seumpama ini akan terus kekal di dalam Kalendar Pelancongan Negeri Kelantan dan mungkin dengan skala yang lebih besar pada edisi tahun 2026 nanti. Tambah beliau, kejohanan ini bukan sekadar memupuk budaya sukan dan hidup sihat dikalangan pemain, tetapi menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi penduduk setempat.
Sementara itu, masjlis penutup dan penyampaian hadiah kejohanan petang tadi telah disampaikan oleh YB Dato' Ustaz Tuan Mohamad Saripudin Tuan Ismail yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi Negeri Kelantan merangkap ADUN Selising. Menurutnya, kejohanan ini turut dapat mempromosikan Pantai Bisikan Bayu sebagai destinasi pelancongan sukan yang menarik di negeri Kelantan.
Pihak MDPP mengucapkan terima kasih kepada semua pasukan yang bertanding, TIC, PDRM, APM, Jabatan Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh, Restoran Pusan, Tok Aman Bali Resort dan semua pihak yang sama-sama menjayakan kejohanan bagi edisi 2025 ini.
Tahniah kepada pasukan yang menang dan kepada pasukan yang tidak bernasib baik, cuba lagi tahun hadapan.
#monsooncupasirputeh2025
#MonsoonCup
#MajlisDaerahPasirPuteh
#pantaibisikanbayu
#pusatpeneranganpelancongannegerikelantan
#bersihindahceriabahagia
#BolaSepakPantai