𝐓𝐀𝐊𝐋𝐈𝐌𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐍𝐒𝐄𝐑 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐂𝐄𝐆𝐀𝐇𝐀𝐍𝐍𝐘𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐖𝐀𝐊𝐈𝐋 𝐌𝐀𝐊𝐍𝐀
𝐓𝐀𝐊𝐋𝐈𝐌𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐍𝐒𝐄𝐑 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐂𝐄𝐆𝐀𝐇𝐀𝐍𝐍𝐘𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐖𝐀𝐊𝐈𝐋 𝐌𝐀𝐊𝐍𝐀
Taklimat ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan kakitangan MDPP mengenai bahaya penyakit kanser serta langkah-langkah pencegahan awal yang boleh diambil. Penyampaian oleh wakil MAKNA menyentuh pelbagai aspek penting termasuk jenis-jenis kanser yang sering berlaku dalam masyarakat, faktor risiko, tanda awal kanser, serta kepentingan saringan kesihatan secara berkala.
Diharapkan penganjuran program seumpama ini dapat membentuk komuniti kerja yang lebih prihatin terhadap kesihatan, seterusnya membantu dalam usaha pencegahan awal penyakit kritikal seperti kanser.