Skip to main content

DUA PREMIS VAPE DISITA OLEH MAJLIS DAERAH PASIR PUTEH

    DUA PREMIS VAPE DISITA OLEH MAJLIS DAERAH PASIR PUTEH
    Pasir Puteh, 7 Julai 2025 – Jabatan Penguatkuasaan Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) telah menjalankan satu operasi sita vape membanteras penjualan vape yang dijalankan secara tidak sah di dalam kawasan pentadbiran majlis.
    Dalam operasi yang berlangsung sekitar jam 3.30 petang itu, dua buah premis perniagaan telah diperiksa dan didapati masih menjalankan penjualan vape walaupun telah diberi Notis Pemberitahu Larangan Menjual Vape sebelum ini. Kedegilan pengusaha ini jelas melanggar Undang-Undang Kecil Majlis Daerah Pasir Puteh, yang melarang sepenuhnya penjualan vape, selaras dengan arahan rasmi Kerajaan Negeri Kelantan.
    Seramai 13 anggota penguat kuasa MDPP terlibat dalam operasi ini, yang diketuai oleh Ketua Jabatan Penguatkuasaan bersama pegawai kanan dan anggota lain. Dalam serbuan tersebut, beberapa unit peranti vape serta botol cecair rokok elektronik telah disita sebagai bahan bukti untuk siasatan lanjut.
    Pihak majlis menegaskan bahawa tiada kompromi terhadap pengusaha yang melanggar larangan ini, dan tindakan akan diteruskan terhadap mana-mana premis yang ingkar demi menjaga kepentingan awam dan mematuhi dasar negeri.
    "Ini bukan sekadar isu undang-undang, ia juga berkait rapat dengan kesihatan masyarakat. Kami akan terus bertindak tegas," tegas jurucakap operasi.
    Langkah pendakwaan seterusnya akan diambil jika pengusaha terus ingkar.

    DASAR PRIVASI

    SEO - Laman Web Rasmi Majlis Daerah PASIR PUTEH

    Penerbitan
    Arkib Berita
    KELGOV PPST