Skip to main content

OPERASI BERSEPADU PREMIS WARGA ASING DI PASIR PUTEH: 12 DITAHAN, 3 PREMIS DIKOMPAUN

    OPERASI BERSEPADU PREMIS WARGA ASING DI PASIR PUTEH: 12 DITAHAN, 3 PREMIS DIKOMPAUN
    Pasir Puteh, 18 Jun 2025 (Rabu) – Sebanyak 15 premis telah diperiksa dalam satu Operasi Bersepadu Premis Warga Asing yang dijalankan di sekitar kawasan Pasir Puteh malam tadi, melibatkan kerjasama antara Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP), Pejabat Imigresen dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Daerah Pasir Puteh.
    Operasi yang bermula pada jam 8.00 malam hingga 12.00 malam ini melibatkan seramai 6 anggota penguat kuasa MDPP, 2 pegawai dari Bahagian Perlesenan, 17 anggota Imigresen, dan 7 anggota PDRM.
    Hasil operasi menyaksikan tindakan tegas diambil ke atas beberapa premis dan individu yang melanggar peraturan. Pihak MDPP telah mengeluarkan 3 kompaun dan 2 notis amaran atas pelbagai kesalahan berkaitan pelesenan dan penyalahgunaan syarat lesen.
    Sementara itu, pihak Imigresen berjaya melakukan 12 tangkapan melibatkan warga asing yang dipercayai tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan melanggar syarat permit kerja.
    Operasi ini dilaksanakan sebagai langkah berterusan pihak berkuasa dalam memantau dan memastikan pematuhan undang-undang, khususnya melibatkan premis yang dikendalikan oleh warga asing. Ia juga selari dengan usaha membendung aktiviti perniagaan haram serta memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terus terpelihara.
    Pihak MDPP menegaskan bahawa operasi seumpama ini akan diteruskan dari semasa ke semasa sebagai langkah pencegahan dan penguatkuasaan berterusan.

    DASAR PRIVASI

    SEO - Laman Web Rasmi Majlis Daerah PASIR PUTEH

    Penerbitan
    Arkib Berita
    KELGOV PPST