Skip to main content

𝐊𝐚𝐫𝐧𝐢𝐯𝐚𝐥 𝐂𝐚𝐤𝐧𝐚 𝐊𝐨𝐦𝐮𝐧𝐢𝐭𝐢 𝐏𝐚𝐬𝐢𝐫 𝐏𝐮𝐭𝐞𝐡 𝐌𝐞𝐫𝐢𝐚𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐊𝐞𝐦𝐚𝐦𝐩𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐊𝐨𝐦𝐮𝐧𝐢𝐭𝐢 𝐁𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫 (𝐏𝐊𝐊𝐁) 𝟐𝟎𝟐𝟓

    𝐏𝐚𝐬𝐢𝐫 𝐏𝐮𝐭𝐞𝐡, 𝟏𝟒 𝐉𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟓 – Masjid Sri Aman, Pasir Puteh menjadi tumpuan ratusan penduduk tempatan apabila Karnival Cakna Komuniti Pasir Puteh berlangsung dengan meriah sempena Program Kemampanan Komuniti Bandar (PKKB) Tahun 2025.
    Program yang berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari ini telah dirasmikan oleh 𝐘𝐀𝐁𝐫𝐬. 𝐓𝐮𝐚𝐧 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐃𝐢𝐩𝐞𝐫𝐭𝐮𝐚, 𝐄𝐧. 𝐌𝐨𝐡𝐝 𝐊𝐚𝐦𝐚𝐫𝐮𝐥𝐳𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐛𝐢𝐧 𝐀𝐛 𝐖𝐚𝐡𝐚𝐛, dan turut disertai oleh Ahli-ahli Majlis, Setiausaha, Penolong Setiausaha, Ketua-ketua Jabatan serta komuniti dari Taman Sri Aman dan Taman Kobena.
    Pelbagai aktiviti menarik telah disusun untuk menyemarakkan semangat komuniti dan memupuk nilai kemampanan di kalangan penduduk setempat. Antara aktiviti yang mendapat sambutan hangat termasuk:
    • Aktiviti mewarna untuk kanak-kanak
    • Pertandingan Rumah Cantik
    • Pertunjukan masakan oleh usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS)
    • Kayuhan santai komuniti bersama YDP MDPP
    • Ceramah keselamatan kebakaran
    • Seminar kesejahteraan emosi dan kesihatan
    • Jualan produk keluaran IKS
    • Ceramah anti-scam
    • Program derma darah
    • Pameran Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK)
    • Program pembelian minyak masak terpakai
    Penganjuran program ini bukan sahaja menjadi platform interaksi antara komuniti dan agensi kerajaan, malah turut memberi peluang kepada para usahawan tempatan untuk mempromosi produk mereka, di samping meningkatkan kesedaran awam terhadap isu-isu keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan komuniti.
    Karnival ini mencerminkan komitmen pihak berkuasa tempatan dalam memperkasa komuniti setempat ke arah pembangunan bandar yang lebih mampan, inklusif dan sejahtera.

    DASAR PRIVASI

    SEO - Laman Web Rasmi Majlis Daerah PASIR PUTEH

    Penerbitan
    Arkib Berita
    KELGOV PPST