Operasi Bersepadu Vape Bersama KKM dan PDRM Daerah Pasir Puteh
Operasi Bersepadu Vape Bersama KKM dan PDRM Daerah Pasir Puteh Telah Berjaya Menyita Perniagaan Vape di Empat Premis di Jajahan Pasir Puteh
Pasir Puteh, 6 Mei 2025 – Satu operasi bersepadu melibatkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), dan pihak berkuasa tempatan telah berjaya dilaksanakan pada malam Selasa, 6 Mei 2025 bersamaan 8 Zulkaedah 1446H di sekitar Bandar Tok Janggut dan kawasan sekitarnya di Pasir Puteh.
Operasi yang dijalankan dari jam 8.00 malam hingga 12.00 tengah malam ini melibatkan seramai 14 orang anggota penguat kuasa, 2 orang wakil dari Bahagian Perlesenan, 15 anggota KKM serta 6 anggota dari PDRM.
Hasil operasi ini telah menyaksikan penyitaan produk vape di empat premis perniagaan yang dikenal pasti menjalankan penjualan barangan tersebut tanpa kelulusan atau melanggar peraturan yang ditetapkan.
Operasi ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan pihak berkuasa dalam membanteras penjualan rokok elektronik dan vape secara haram, di jajahan pasir puteh.
Pihak berkuasa memberi amaran keras kepada peniaga yang masih berdegil agar menghentikan penjualan produk yang tidak dibenarkan. Tindakan penguatkuasaan akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan pematuhan undang-undang dan melindungi kesihatan awam, terutamanya golongan muda yang mudah terpengaruh dengan penggunaan vape.