Skip to main content

Kumpulan Inovasi MDPP Sertai Pertandingan Inovasi MALA 3.0 Piala YB Menteri KPKT 2024–2025

    Kumpulan Inovasi MDPP Sertai Pertandingan Inovasi MALA 3.0 Piala YB Menteri KPKT 2024–2025

    Johor Bahru, 24 April 2025 – Kumpulan inovasi dari Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP), Millenia White Sand, telah mengambil bahagian dalam Pertandingan Inovasi MALA 3.0 Piala YB Menteri KPKT Tahun 2024–2025 yang berlangsung di Dewan Kenanga, Majlis Bandaraya Johor Bahru bermula jam 10.00 pagi.

    Pertandingan yang dianjurkan oleh Malaysian Association of Local Authorities (MALA) ini bertujuan menggalakkan budaya inovasi dalam kalangan pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara, seiring dengan aspirasi Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk memperkasakan tadbir urus yang kreatif dan efektif.

    Kumpulan Millenia White Sand mewakili MDPP dengan membawa idea inovatif yang menonjolkan kreativiti dan keupayaan dalam memperkasa perkhidmatan majlis daerah. Penyertaan ini memperlihatkan komitmen MDPP dalam memperkukuhkan budaya inovasi serta menyokong inisiatif kerajaan ke arah pembangunan yang lebih progresif dan mampan.

    MDPP mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua ahli kumpulan yang bertanding atas semangat dan usaha cemerlang yang ditunjukkan dalam membawa nama majlis ke peringkat lebih tinggi.