Skip to main content

LAWATAN RASMI YB PENGERUSI JAWATANKUASA BELIA, SUKAN, NGO DAN PERPADUAN MASYARAKAT NEGERI KELANTAN KE GALERI PUSAKA NUSANTARA

    LAWATAN RASMI YB PENGERUSI JAWATANKUASA BELIA, SUKAN, NGO DAN PERPADUAN MASYARAKAT NEGERI KELANTAN KE GALERI PUSAKA NUSANTARA
     
    PASIR PUTEH, 15 April 2025 – YB Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat Kerajaan Negeri Kelantan telah mengadakan satu lawatan rasmi ke Galeri Pusaka Nusantara yang terletak di Bandar Lama, Pasir Puteh hari ini.
     
    Lawatan yang berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari ini turut melibatkan penglibatan daripada Penaung PAWANA (Pakatan Warisan Pusaka Nusantara) yang juga merangkap Ketua Whip Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP), Setiausaha, Penolong Setiausaha serta Ketua-ketua Jabatan berkaitan.
     
    Program dimulakan dengan lawatan ke bilik pameran utama Galeri Tok Janggut, yang menampilkan pelbagai artifak dan bahan sejarah berkaitan perjuangan pahlawan tersohor Kelantan itu. Para delegasi diberi penerangan berkenaan sejarah dan usaha pemeliharaan warisan budaya yang dilakukan melalui galeri tersebut.
     
    Seterusnya, YB EXCO turut dibawa melawat ke tapak cadangan pembinaan Galeri Tok Janggut baharu yang terletak di kawasan Stesen Bas Lama, sebagai langkah memperluaskan lagi ruang pameran dan penghayatan sejarah kepada masyarakat.
     
    Kemuncak program ini adalah acara Gimik Penyerahan Keris Selit, simbolik penghormatan dan penerusan legasi perjuangan warisan, yang disampaikan oleh YBrs. Ketua Whip MDPP selaku Penaung PAWANA kepada YB EXCO.
     
    Lawatan ini mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri Kelantan dalam memperkukuhkan jati diri dan kesedaran sejarah dalam kalangan masyarakat, khususnya generasi muda melalui platform budaya dan warisan tempatan.