๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐๐ฆ ๐๐จ๐๐๐ฅ ๐๐ ๐๐ง๐๐ ๐๐ (๐๐๐๐) ๐๐๐ค๐ง๐ ๐๐ฅ๐๐ฆ ๐๐๐ค๐ข๐ญ๐๐ซ ๐๐๐ซ๐ข๐ง๐ ๐ค๐๐ญ ๐๐๐ฌ๐ข๐ซ ๐๐ฎ๐ญ๐๐ก ๐๐๐๐
๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐๐ฆ ๐๐จ๐๐๐ฅ ๐๐ ๐๐ง๐๐ ๐๐ (๐๐๐๐) ๐๐๐ค๐ง๐ ๐๐ฅ๐๐ฆ ๐๐๐ค๐ข๐ญ๐๐ซ ๐๐๐ซ๐ข๐ง๐ ๐ค๐๐ญ ๐๐๐ฌ๐ข๐ซ ๐๐ฎ๐ญ๐๐ก ๐๐๐๐ ๐๐๐ซ๐ข๐๐ก ๐๐๐ง ๐๐๐ซ๐ฆ๐๐ค๐ง๐
๐๐๐ฌ๐ข๐ซ ๐๐ฎ๐ญ๐๐ก, ๐๐ ๐๐ฉ๐ซ๐ข๐ฅ ๐๐๐๐ โ Program Local Agenda 21 (LA21) โ Cakna Alam Sekitar Peringkat Pasir Puteh 2025 telah berlangsung dengan jayanya pada hari Sabtu bersamaan 13 Syawal 1446H bertempat di DโRhu Rehlah, Pantai Bisikan Bayu, Semerak.
Majlis yang bermula seawal jam 7.00 pagi ini telah dirasmikan oleh YABrs. Tuan Yang Dipertua Majlis Daerah Pasir Puteh, En. Mohd Roshdi bin Ismail. Program ini turut diserikan dengan kehadiran wakil-wakil daripada Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Bahagian Kerajaan Tempatan, Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Ahli-ahli Majlis, Setiausaha, Penolong Setiausaha serta Ketua-ketua Jabatan.
Antara pengisian menarik dalam program ini termasuk Larian Alam Sekitar, aktiviti penanaman pokok Rhu, gotong-royong pembersihan kawasan pantai, serta Program Pembelian Minyak Masak Terpakai. Aktiviti-aktiviti ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pemeliharaan alam sekitar serta memupuk semangat cintakan alam dalam kalangan penduduk setempat.
Kemuncak program menyaksikan penyampaian hadiah kepada para pemenang Larian Alam Sekitar 2025, yang mendapat sambutan hangat daripada pelbagai lapisan masyarakat.
Program ini membuktikan komitmen Majlis Daerah Pasir Puteh bersama komuniti setempat dalam mendukung inisiatif kelestarian alam sekitar melalui pendekatan kerjasama antara pihak berkuasa tempatan dan masyarakat. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan dan diperluaskan bagi memastikan persekitaran yang lebih hijau dan bersih untuk generasi akan datang.