Skip to main content

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊𝐀𝐋 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐀𝐒𝐈𝐑 𝐏𝐔𝐓𝐄𝐇 𝐊𝐄 𝐓𝐎𝐊 𝐁𝐀𝐋𝐈 𝐒𝐔𝐏𝐏𝐋𝐘 𝐁𝐀𝐒𝐄 (𝐓𝐁𝐒𝐁)

    Tok Bali, 10 April 2025 – Satu lawatan teknikal oleh Majlis Daerah Pasir Puteh telah diadakan ke Tok Bali Supply Base (TBSB) pada hari Khamis, 10 April 2025 bersamaan 11 Syawal 1446H. Lawatan ini berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari dan bertujuan untuk memberi pendedahan serta maklumat teknikal berkaitan operasi dan pengurusan fasiliti di TBSB.
    Delegasi lawatan terdiri daripada Yang Dipertua Majlis Daerah Pasir Puteh, Timbalan Ketua Jajahan, Setiausaha, Penolong Setiausaha, serta Ahli Majlis dari Jawatankuasa Tunggakan dan Rayuan Cukai Taksiran seramai 8 orang. Turut hadir ialah Ketua-ketua Jabatan seramai 10 orang.
    Program dimulakan dengan sesi taklimat oleh wakil dari Tok Bali Supply Base yang menerangkan fungsi, peranan serta operasi semasa yang dijalankan di kawasan tersebut. Sesi ini turut memberi peluang kepada peserta untuk mengemukakan soalan dan mendapatkan penjelasan secara langsung daripada pihak pengurusan TBSB.
    Selepas taklimat, delegasi dibawa melawat sekitar kawasan Tok Bali Supply Base bagi melihat secara lebih dekat kemudahan serta aktiviti yang dijalankan di lokasi strategik berkenaan.
    Lawatan ini merupakan sebahagian daripada usaha Majlis Daerah Pasir Puteh dalam meningkatkan kefahaman berkaitan pembangunan infrastruktur dan ekonomi tempatan, khususnya dalam sektor logistik dan bekalan, yang boleh memberi manfaat jangka panjang kepada daerah Pasir Puteh.