Perasmian Dan Lawatan Ke Tapak Bazar Ramadan Bagi Program Walkabout Ramadan Tahun 2025
Perasmian Dan Lawatan Ke Tapak Bazar Ramadan Bagi Program Walkabout Ramadan Tahun 2025
Perasmian dan Lawatan Ke Tapak Bazar Ramadan Bagi Program Walkabout Ramadan Tahun 2025
Pada 12 Mac 2025 (Rabu), jam 4.00 petang, telah berlangsung majlis perasmian dan lawatan ke Tapak Bazar Ramadan Pasir Puteh di Padang ASTAKA, MDPP bagi Program Walkabout Ramadan Tahun 2025. Majlis ini dirasmikan oleh YABrs. Tuan Yang Dipertua Pasir Puteh, Encik Mohd. Roshdi bin Ismail, yang disambut dengan penuh meriah oleh para peniaga.
Aturcara majlis dimulakan dengan ketibaan YABrs. Tuan Yang Dipertua, diikuti dengan gimik perasmian Walkabout Ramadan yang menandakan pembukaan rasmi bazar tersebut. Seterusnya, berlangsung sesi penyampaian cenderahati kepada gerai-gerai pilihan yang telah menyediakan hidangan dan barangan berkualiti untuk para pengunjung.
Selepas itu, YABrs. Tuan Yang Dipertua bersama rombongan melakukan walkabout ke gerai-gerai Bazar Ramadan untuk melihat sendiri persiapan dan hidangan yang ditawarkan. Lawatan ini juga menjadi peluang untuk berinteraksi dengan peniaga dan pengunjung, menambah kemeriahan suasana Ramadan.