Skip to main content

sitemap 1

call 2

faq 6

Kerja-kerja Memotong Rumput dan Mencuci Longkang di Bandar Tok Janggut, Pasir Puteh

    Kerja-kerja Memotong Rumput dan Mencuci Longkang di Bandar Tok Janggut, Pasir Puteh

    Pasir Puteh, 8 Januari 2025 – Satu program kerja-kerja pembersihan dan pemeliharaan landskap telah dilaksanakan di kawasan sekitar Pasaraya Econjaya dan kedai ZUS Coffee, Bandar Tok Janggut, Pasir Puteh. Program ini dijalankan oleh Unit Kebersihan dan Unit Landskap Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) dengan tujuan untuk memastikan kawasan tersebut kekal bersih dan teratur.

    Program yang dimulakan pada pukul 9.00 pagi tersebut melibatkan seramai 10 orang anggota yang bertugas dalam melaksanakan dua aktiviti utama iaitu memotong rumput di kawasan sekitar Pasaraya Econjaya dan mencuci longkang di kawasan sekitar ZUS Coffee. Aktiviti ini merupakan salah satu usaha berterusan oleh pihak MDPP untuk meningkatkan kebersihan serta keselesaan penduduk dan pengunjung di kawasan tersebut.

    Kerja-kerja pemotongan rumput dilakukan bagi mengelakkan pertumbuhan rumput yang terlalu tinggi yang boleh menyebabkan kawasan tersebut kelihatan tidak terurus. Sementara itu, mencuci longkang adalah bagi mengelakkan penyumbatan yang boleh menyebabkan banjir kilat terutama ketika hujan lebat.

    Penduduk sekitar menyambut baik inisiatif ini dan berharap agar program-program seperti ini dapat diteruskan bagi memastikan kebersihan dan keselesaan mereka sentiasa terjamin.

    Program ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan MDPP dalam memastikan Bandar Tok Janggut kekal sebagai kawasan yang bersih, selesa, dan mesra pengunjung.