Accessibility Tools

Skip to main content
A- A A+
      warna1   warna2   warna3      

 

Makluman Peningkatan Kes Demam Denggi

    WASPADA DEMAM DENGGI: JANGAN AMBIL RINGAN DEMAM BERULANG

    Masyarakat dinasihatkan supaya tidak mengambil ringan sekiranya mengalami demam berulang, khususnya apabila disertai beberapa gejala yang boleh dikaitkan dengan jangkitan demam denggi.

    Berdasarkan hebahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), antara gejala yang perlu diberi perhatian ialah demam tinggi secara tiba-tiba, sakit kepala yang teruk, sakit di belakang mata, sakit otot dan sendi, loya atau muntah, ruam pada kulit serta gusi berdarah.

    Orang ramai yang mengalami gejala berkenaan disarankan supaya segera mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran dan tidak mengambil atau merawat penyakit sendiri tanpa nasihat doktor. Pemeriksaan awal dapat membantu mengurangkan risiko komplikasi yang lebih serius.

    Dalam masa yang sama, masyarakat turut diseru supaya mengambil tindakan berterusan bagi memutuskan rantaian pembiakan nyamuk Aedes di dalam dan sekitar kawasan kediaman.

    Antara tempat yang sering terlepas pandang dan berpotensi menjadi tempat pembiakan Aedes termasuk: 1. Bekas tadahan penapis air 2. Pelapik rak pinggan 3. Kolah air, baldi dan bekas simpanan air 4. Bekas air bunga hiasan 5. Bekas letak berus gigi 6. Tangki pam tandas atau bekas simpanan air di bilik air 7. Mana-mana bekas kecil yang boleh menakung air

    Justeru, orang ramai disarankan supaya melakukan pemeriksaan di dalam dan sekitar rumah secara berkala. Sekiranya terdapat air bertakung, buang atau musnahkan bekas tersebut dan pastikan kawasan sentiasa bersih serta tidak menjadi tempat pembiakan Aedes.

    Amalan 10 minit seminggu untuk mencari dan memusnahkan tempat pembiakan Aedes wajar dijadikan rutin setiap keluarga. Tindakan kecil yang dilakukan secara konsisten mampu membantu melindungi keluarga dan komuniti daripada ancaman demam denggi.

    “Ambil peduli, cegah denggi.”

    Kerjasama dan kesedaran semua pihak amat penting bagi memastikan persekitaran tempat tinggal, premis dan kawasan komuniti bebas daripada tempat pembiakan nyamuk Aedes.

    DASAR PRIVASI

    SEO - Laman Web Rasmi Majlis Daerah PASIR PUTEH

    Penerbitan
    Arkib Berita
    KELGOV PPST