Skip to main content

ISU KEBAKARAN TONG SAMPAH DI HADAPAN TNB PASIR PUTEH

Pada 01 Mei 2025, Khamis, lebih kurang jam 06.30 pagi, pihak MDPP telah dimaklumkan bahawa tong sampah milik MDPP yang terletak di hadapan TNB, Pasir Puteh telah dibakar oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Api tersebut telah memusnahkan tong sampah berjumlah 4 unit dan menyebabkan kerosakan di kawasan sekitarnya. Pihak MDPP percaya kejadian ini disengajakan oleh individu yang tidak bertanggungjawab dan melakukan perbuatan khianat terhadap harta awam. Pihak MDPP telah membuat laporan polis mengenai kejadian tersebut dan pihak polis sedang mengenalpasti serta mendapatkan bukti pelaku yg tidak bertanggungjawab melakukan khianat dan merosakkan harta awam tersebut selaras dengan undang-undang di bawah Kanun Prosedur Jenayah yang berkuatkuasa. Pihak MDPP juga mengambil langkah pro aktif dengan memasang CCTV di beberapa lokasi tong sampah yang disediakan bagi memastikan tiada gejala vandalisme seumpama ini dan individu-individu yang membuang sampah merata-rata dan melakukan perbuatan khianat terhadap harta awam dapat dikenalpasti dan dikenakan hukuman setimpal.

Untitled

Untitled2

 

Untitled1