Kerja-kerja kebersihan kepala longkang di dalam Pusat Bandar.
Kerja-Kerja Mencuci Main Hole di Bandar Lama Pasir Puteh Dilaksanakan
Pasir Puteh, 16 Januari 2025 – Unit Kebersihan telah melaksanakan kerja-kerja mencuci Main Hole di sekitar kawasan Bandar Lama Pasir Puteh bagi memastikan sistem perparitan berfungsi dengan baik.
Program ini dijalankan bermula jam 9.00 pagi di hadapan Kedai Basikal, Jalan Pasar Lama. Seramai enam anggota dari Unit Kebersihan terlibat dalam operasi pembersihan ini bagi memastikan kelancaran sistem saliran dan mengelakkan sebarang masalah tersumbat yang boleh menyebabkan banjir kilat.
Penduduk setempat menyambut baik usaha ini dan berharap kerja-kerja penyelenggaraan seperti ini dapat dilakukan secara berkala bagi memastikan kebersihan dan kesejahteraan kawasan perniagaan serta perumahan di sekitar Bandar Lama Pasir Puteh.
Pihak berkuasa tempatan mengingatkan orang ramai agar tidak membuang sampah ke dalam sistem perparitan bagi mengelakkan masalah tersumbat dan mengekalkan persekitaran yang bersih.